Portal Rasmi

Jabatan Perikanan Malaysia

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Selamat Datang ke Laman

Pejabat Perikanan Negeri Sembilan

Pengenalan Jabatan

Perutusan Pengarah

SALAM SEJAHTERA

Selamat datang ke Laman Web Rasmi Pejabat Perikanan Negeri Sembilan.

Pada masa kini, sektor Perikanan merupakan sektor utama dalam bidang Pertanian yang menjana pertumbuhan ekonomi negara. Di Negeri Sembilan, sektor Perikanan adalah salah satu bidang yang menyumbang kepada peningkatan ekonomi dan ianya juga menunjukkan keupayaan untuk membekalkan sumber protein berasaskan ikan ke seluruh Negara dan bekalan yang mencukupi kepada penduduk Negeri Sembilan.

Selaras dengan usaha Kerajaan untuk meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat yang terdiri daripada Pengusaha Industri Asas Tani, Penternak dan Nelayan, kakitangan Pejabat Perikanan Negeri Sembilan sentiasa bersedia untuk melaksanakan pembaharuan dan perubahan ke arah Program Transformasi Kerajaan yang memerlukan pelaksanaan yang pantas serta sentiasa responsif dan prihatin terhadap keperluan dan kehendak kumpulan sasar.

Menyedari peranan dan tanggungjawab untuk membangunkan kawasan-kawasan berpotensi melalui sektor ini dengan lebih responsif dan mesra alam serta secara mampan, Pejabat Perikanan Negeri Sembilan menganggap ianya merupakan satu cabaran besar untuk mentransformasikan perubahan gaya aktiviti perikanan melalui pendekatan tradisional kepada pengaplikasian teknologi terkini. Selain itu, minda masyarakat juga perlu di pertingkatkan dengan ilmu serta kemahiran dan informasi yang tepat mengenai kepentingan dan potensi sektor ini. Menyedari hakikat ini, Pejabat Perikanan Negeri Sembilan berharap agar masyarakat dapat memperolehi maklumat berkaitan senario semasa sektor Perikanan di Negeri Sembilan melalui pembangunan laman web yang dibangunkan ini. Adalah menjadi harapan Pejabat Perikanan Negeri Sembilan agar laman ini menjadi salah satu sumber rujukan dan wadah utama dalam penyebaran maklumat serta informasi berkaitan sektor Perikanan Negeri Sembilan kepada pihak berkepentingan dan mereka yang berminat. Akhir kata, semoga laman web ini dapat memberi manfaat kepada kita bersama terutama dalam mengangkat martabat sektor perikanan di Negeri Sembilan.

Sekian, terima kasih.

PENGARAH
PEJABAT PERIKANAN NEGERI SEMBILAN

Senarai Pejabat Perikanan Daerah

PejabatTelefonFaksEmel
Pejabat Perikanan Daerah Jelebu
Jalan Petaling, Kg. Mengkan,
71600 Kuala Klawang,
Jelebu,
Negeri Sembilan
06-613 745806-613 7458dof_n9@dof.gov.my
Pejabat Perikanan Daerah Seremban
Aras 10, (Suite 10.1 & 10.2) Sayap Selatan,
Menara MAINS, Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan
06-765 6614 / 5 / 6 / 7 / 806-765 6613dof_n9@dof.gov.my
Pejabat Perikanan Daerah Rembau
Lot 384, Tingkat Bawah,
Taman Seri Rembau,
71400 Seremban,
Negeri Sembilan
06-685 149306-685 1493dof_n9@dof.gov.my
Pejabat Perikanan Daerah Tampin
Kampung Sungai Dua,
73200 Gemencheh,
Negeri Sembilan
06-434 700906-434 7009dof_n9@dof.gov.my
Pejabat Perikanan Daerah Port Dickson
Batu 1, Jalan Pantai,
71000 Port Dickson,
Negeri Sembilan
06-647 205006-647 2050dof_n9@dof.gov.my
Pejabat Perikanan Daerah Jempol
Lot 80, No. 37, Tingkat Atas,
Jalan Beringin 4,
72200 Batu Kikir,
Negeri Sembilan
06-498 212006-498 1694dof_n9@dof.gov.my
Pejabat Perikanan Daerah Kuala Pilah
Jalan Sawah Lebar,
72000 Kuala Pilah,
Negeri Sembilan
06-481 152806-481 1528dof_n9@dof.gov.my

Ruangan Sosial

Hubungi Kami

Pejabat Perikanan Negeri Sembilan
FishComm Hotline