Pengenalan Jabatan
- Pejabat Perikanan Negeri Sembilan menerajui pembangunan dan pengurusan sektor perikanan negeri melalui pemuliharaan sumber perikanan, pembangunan akuakultur, penguatkuasaan peraturan serta penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berkesan kepada komuniti perikanan.
- Komited untuk memperkukuh industri perikanan Negeri Sembilan yang mampan, berdaya saing dan berteraskan inovasi melalui pendekatan saintifik, teknologi moden serta perkhidmatan berkualiti tinggi demi menyokong keselamatan makanan dan pembangunan ekonomi negeri.
Perutusan Pengarah
SALAM SEJAHTERA
Selamat datang ke Laman Web Rasmi Pejabat Perikanan Negeri Sembilan.
Pada masa kini, sektor Perikanan merupakan sektor utama dalam bidang Pertanian yang menjana pertumbuhan ekonomi negara. Di Negeri Sembilan, sektor Perikanan adalah salah satu bidang yang menyumbang kepada peningkatan ekonomi dan ianya juga menunjukkan keupayaan untuk membekalkan sumber protein berasaskan ikan ke seluruh Negara dan bekalan yang mencukupi kepada penduduk Negeri Sembilan.
Selaras dengan usaha Kerajaan untuk meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat yang terdiri daripada Pengusaha Industri Asas Tani, Penternak dan Nelayan, kakitangan Pejabat Perikanan Negeri Sembilan sentiasa bersedia untuk melaksanakan pembaharuan dan perubahan ke arah Program Transformasi Kerajaan yang memerlukan pelaksanaan yang pantas serta sentiasa responsif dan prihatin terhadap keperluan dan kehendak kumpulan sasar.
Menyedari peranan dan tanggungjawab untuk membangunkan kawasan-kawasan berpotensi melalui sektor ini dengan lebih responsif dan mesra alam serta secara mampan, Pejabat Perikanan Negeri Sembilan menganggap ianya merupakan satu cabaran besar untuk mentransformasikan perubahan gaya aktiviti perikanan melalui pendekatan tradisional kepada pengaplikasian teknologi terkini. Selain itu, minda masyarakat juga perlu di pertingkatkan dengan ilmu serta kemahiran dan informasi yang tepat mengenai kepentingan dan potensi sektor ini. Menyedari hakikat ini, Pejabat Perikanan Negeri Sembilan berharap agar masyarakat dapat memperolehi maklumat berkaitan senario semasa sektor Perikanan di Negeri Sembilan melalui pembangunan laman web yang dibangunkan ini. Adalah menjadi harapan Pejabat Perikanan Negeri Sembilan agar laman ini menjadi salah satu sumber rujukan dan wadah utama dalam penyebaran maklumat serta informasi berkaitan sektor Perikanan Negeri Sembilan kepada pihak berkepentingan dan mereka yang berminat. Akhir kata, semoga laman web ini dapat memberi manfaat kepada kita bersama terutama dalam mengangkat martabat sektor perikanan di Negeri Sembilan.
Sekian, terima kasih.
PENGARAH
PEJABAT PERIKANAN NEGERI SEMBILAN
Senarai Pejabat Perikanan Daerah
| Pejabat | Telefon | Faks | Emel |
|---|---|---|---|
| Pejabat Perikanan Daerah Jelebu Jalan Petaling, Kg. Mengkan, 71600 Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan | 06-613 7458 | 06-613 7458 | dof_n9@dof.gov.my |
| Pejabat Perikanan Daerah Seremban Aras 10, (Suite 10.1 & 10.2) Sayap Selatan, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban, Negeri Sembilan | 06-765 6614 / 5 / 6 / 7 / 8 | 06-765 6613 | dof_n9@dof.gov.my |
| Pejabat Perikanan Daerah Rembau Lot 384, Tingkat Bawah, Taman Seri Rembau, 71400 Seremban, Negeri Sembilan | 06-685 1493 | 06-685 1493 | dof_n9@dof.gov.my |
| Pejabat Perikanan Daerah Tampin Kampung Sungai Dua, 73200 Gemencheh, Negeri Sembilan | 06-434 7009 | 06-434 7009 | dof_n9@dof.gov.my |
| Pejabat Perikanan Daerah Port Dickson Batu 1, Jalan Pantai, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan | 06-647 2050 | 06-647 2050 | dof_n9@dof.gov.my |
| Pejabat Perikanan Daerah Jempol Lot 80, No. 37, Tingkat Atas, Jalan Beringin 4, 72200 Batu Kikir, Negeri Sembilan | 06-498 2120 | 06-498 1694 | dof_n9@dof.gov.my |
| Pejabat Perikanan Daerah Kuala Pilah Jalan Sawah Lebar, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan | 06-481 1528 | 06-481 1528 | dof_n9@dof.gov.my |
Ruangan Sosial
Contact Us
Pejabat Perikanan Negeri Sembilan
- Aras 10 (Suite 10.1 & 10.2), Sayap Selatan, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus
- 06 -765 6617 / 06 -765 6614
- 06 - 765 6613
- dof_n9@dof.gov.my
