Pengenalan Jabatan
- Jabatan Perikanan Negeri Johor bertanggungjawab mengurus dan memelihara sumber perikanan secara mampan bagi memastikan kelestarian ekosistem serta bekalan makanan negara.
- Jabatan ini berperanan memajukan sektor perikanan dan akuakultur melalui penyelidikan, penguatkuasaan serta program pembangunan yang meningkatkan ekonomi komuniti nelayan dan industri perikanan negeri.
Perutusan Pengarah
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
الحمد لله رب العلمين و به نستعين
Semulia-mulia selawat kepada Rasul Junjungan, dengan lafaz,
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Pertamanya, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh warga DOF Johor yang masih mempunyai semangat luar biasa untuk terus berkhidmat bagi mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) jabatan dan komited dalam membantu kumpulan sasar terutama sekali dalam situasi pandemic COVID-19 yang mencabar ini.
Seperti kita sedia maklum Jabatan Perikanan mempunyai peranan yang amat penting terutamanya di dalam pembangunan sektor perikanan negeri secara mapan. Tahun 2020 merupakan tahun yang penuh dengan cabaran apabila seluruh negara berhadapan dengan ancaman pandemik COVID-19 yang merupakan satu keadaan di mana tidak pernah kita hadapi sebelum ini. Ianya bukan sahaja memberi impak kepada sistem kesihatan seluruh dunia, malah menjejaskan sistem ekonomi termasuklah sektor perikanan.
Tahun 2021 juga dilihat sebagai tahun yg masih getir, mencabar dan menguji kesabaran kerana kita masih belum lagi bebas sepenuhnya daripada ancaman penularan COVID-19 ini dan kita harus memastikan sektor perikanan terus menyumbang kepada ekonomi negeri khususnya dan negara amnya.
Justeru itu, bagi memperkasakan lagi peranan Jabatan Perikanan di negeri, pelbagai kaedah baru dari segi prosedur kerja telah disesuaikan bagi menangani norma baharu dalam situasi pandemik ini. Contohnya, penggunaan teknologi maklumat dan Internet-of-Things (IOT) telah membuka pelbagai ruang serta peluang dalam meningkatkan lagi prestasi dan keberkesanan perkhidmatan jabatan kepada golongan sasar.
Akhir kalam, janganlah kita menjadikan pendemik Covid-19 ini sebagai satu alasan dan batasan untuk tidak kita melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan dalam membantu golongan sasar. Lantaran itu, sama-samalah kita menggembleng tenaga dan bersatu sebagai organisasi dan jabatan yang menguruskan sektor perikanan dengan cemerlang serta saya yakin dengan sokongan daripada semua warga DOF Johor akan menjadikan Jabatan Perikanan sebagai sebuah jabatan yang menerajui sektor perikanan negara.
Sekian, terima kasih.
وَبِاللهِ التَّوْفِيْقُ والهِدَايَةُ وَ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
PENGARAH
PEJABAT PERIKANAN NEGERI JOHOR
Senarai Pejabat Perikanan Daerah
| Pejabat | Telefon | Faks | Emel |
|---|---|---|---|
| Pejabat Perikanan Daerah Batu Pahat JKR No.1444, Jalan Pantai, 83000 Batu Pahat, Johor | 07-432 7577 | 07-431 2534 | dofjohor@dof.gov.my |
| Pejabat Perikanan Daerah Johor Bahru/Kulai Kompleks Jabatan Perikanan Tampoi, Batu 4 1/2, Jalan Skudai Kiri, 81200 Johor Bahru, Johor | 07-238 4963 | 07-238 5006 | dofjohor@dof.gov.my |
| Pejabat Perikanan Daerah Kota Tinggi (Pengerang) Kota Tinggi Selatan, Sungai Rengit, 81620 Pengerang, Johor | 07-826 3231 | 07-826 3844 | dofjohor@dof.gov.my |
| Pejabat Perikanan Daerah Kluang Tingkat 2, Bangunan Gunasama Persekutuan, Jalan Batu Pahat, 86000 Kluang, Johor | 07-772 1775 | 07-773 3323 | dofjohor@dof.gov.my |
| Pejabat Perikanan Daerah Mersing JKR 34, Jalan Tun Dr. Ismail, 86800 Mersing, Johor | 07-799 6873 | 07-799 6770 | dofjohor@dof.gov.my |
| Pejabat Perikanan Daerah Muar/Tangkak No. 8 ,Tingkat 1, Persiaran Dato Lau Bong Wong 1, Jalan Temenggung Ahmad, 84000 Muar, Johor | 06-951 4042 | 06-952 1881 | dofjohor@dof.gov.my |
| Pejabat Perikanan Daerah Pontian JKR No.1151, Jalan Abas, 82000 Pontian, Johor | 07-687 1995 | 07-687 1995 | dofjohor@dof.gov.my |
| Pejabat Perikanan Daerah Segamat JKR No. 57, Jalan Omar, 85000 Segamat, Johor | 07-931 2326 | 07-931 2325 | dofjohor@dof.gov.my |
| Pejabat Perikanan Daerah Tanjung Sedili Sedili, 81900 Kota Tinggi, Johor | 07-891 6087 | 07-891 6037 | dofjohor@dof.gov.my |
Ruangan Sosial
Hubungi Kami
Pejabat Perikanan Negeri Johor
- Kompleks Jabatan Perikanan Negeri Johor, Jalan Pendas Laut, 81550 Gelang Patah, Johor
- 07-510 4808 / 4722
- 07-509 5372
- dofjohor@dof.gov.my
