Official Portal

Department Of Fisheries Malaysia

Ministry Of Agriculture and Food Security

Selamat Datang ke Laman

Pejabat Perikanan Negeri Johor

Pengenalan Jabatan

Perutusan Pengarah

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
الحمد لله رب العلمين و به نستعين

Semulia-mulia selawat kepada Rasul Junjungan, dengan lafaz,

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pertamanya, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh warga DOF Johor yang masih mempunyai semangat luar biasa untuk terus berkhidmat bagi mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) jabatan dan komited dalam membantu kumpulan sasar terutama sekali dalam situasi pandemic COVID-19 yang mencabar ini.

Seperti kita sedia maklum Jabatan Perikanan mempunyai peranan yang amat penting terutamanya di dalam pembangunan sektor perikanan negeri secara mapan. Tahun 2020 merupakan tahun yang penuh dengan cabaran apabila seluruh negara berhadapan dengan ancaman pandemik COVID-19 yang merupakan satu keadaan di mana tidak pernah kita hadapi sebelum ini. Ianya bukan sahaja memberi impak kepada sistem kesihatan seluruh dunia, malah menjejaskan sistem ekonomi termasuklah sektor perikanan.

Tahun 2021 juga dilihat sebagai tahun yg masih getir, mencabar dan menguji kesabaran kerana kita masih belum lagi bebas sepenuhnya daripada ancaman penularan COVID-19 ini dan kita harus memastikan sektor perikanan terus menyumbang kepada ekonomi negeri khususnya dan negara amnya.

Justeru itu, bagi memperkasakan lagi peranan Jabatan Perikanan di negeri, pelbagai kaedah baru dari segi prosedur kerja telah disesuaikan bagi menangani norma baharu dalam situasi pandemik ini. Contohnya, penggunaan teknologi maklumat dan Internet-of-Things (IOT) telah membuka pelbagai ruang serta peluang dalam meningkatkan lagi prestasi dan keberkesanan perkhidmatan jabatan kepada golongan sasar.

Akhir kalam, janganlah kita menjadikan pendemik Covid-19 ini sebagai satu alasan dan batasan untuk tidak kita melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan dalam membantu golongan sasar. Lantaran itu, sama-samalah kita menggembleng tenaga dan bersatu sebagai organisasi dan jabatan yang menguruskan sektor perikanan dengan cemerlang serta saya yakin dengan sokongan daripada semua warga DOF Johor akan menjadikan Jabatan Perikanan sebagai sebuah jabatan yang menerajui sektor perikanan negara.

Sekian, terima kasih.

وَبِاللهِ التَّوْفِيْقُ والهِدَايَةُ وَ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

PENGARAH
PEJABAT PERIKANAN NEGERI JOHOR

Senarai Pejabat Perikanan Daerah

PejabatTelefonFaksEmel
Pejabat Perikanan Daerah Batu Pahat
JKR No.1444, Jalan Pantai,
83000 Batu Pahat,
Johor
07-432 757707-431 2534dofjohor@dof.gov.my
Pejabat Perikanan Daerah Johor Bahru/Kulai
Kompleks Jabatan Perikanan Tampoi,
Batu 4 1/2, Jalan Skudai Kiri,
81200 Johor Bahru,
Johor
07-238 496307-238 5006dofjohor@dof.gov.my
Pejabat Perikanan Daerah Kota Tinggi (Pengerang)
Kota Tinggi Selatan,
Sungai Rengit,
81620 Pengerang,
Johor
07-826 323107-826 3844dofjohor@dof.gov.my
Pejabat Perikanan Daerah Kluang
Tingkat 2, Bangunan Gunasama Persekutuan,
Jalan Batu Pahat,
86000 Kluang,
Johor
07-772 177507-773 3323dofjohor@dof.gov.my
Pejabat Perikanan Daerah Mersing
JKR 34, Jalan Tun Dr. Ismail,
86800 Mersing,
Johor
07-799 687307-799 6770dofjohor@dof.gov.my
Pejabat Perikanan Daerah Muar/Tangkak
No. 8 ,Tingkat 1,
Persiaran Dato Lau Bong Wong 1,
Jalan Temenggung Ahmad,
84000 Muar,
Johor
06-951 404206-952 1881dofjohor@dof.gov.my
Pejabat Perikanan Daerah Pontian
JKR No.1151, Jalan Abas,
82000 Pontian,
Johor
07-687 199507-687 1995dofjohor@dof.gov.my
Pejabat Perikanan Daerah Segamat
JKR No. 57, Jalan Omar,
85000 Segamat,
Johor
07-931 232607-931 2325dofjohor@dof.gov.my
Pejabat Perikanan Daerah Tanjung Sedili
Sedili,
81900 Kota Tinggi,
Johor
07-891 608707-891 6037dofjohor@dof.gov.my

Ruangan Sosial

Contact Us

Pejabat Perikanan Negeri Johor
FishComm Hotline