Official Portal

Department Of Fisheries Malaysia

Ministry Of Agriculture and Food Security

Majlis Perhimpunan Bulan Disember 2024 Jabatan Perikanan Malaysia

Majlis Perhimpunan Bulan Disember 2024 Jabatan Perikanan Malaysia

Bertempat di Menara Wisma Tani, telah berlangsungnya Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perikanan Malaysia. Dalam ucapan YBhg. Dato’Haji Adnan bin Hussain Ketua Pengarah Perikanan Malaysia berkata buat pertama kalinya pengusaha dibawah Jabatan Perikanan, Syarikat ARC Berkat Agro Food Sdn. Bhd yang dimiliki oleh agropreneur Mohd Hafiz Bin Nordin yang berasal dari Sungai Buloh, Selangor terpilih sebagai Penerima Anugerah Perdana sempena Agro Award Penganjuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) Tahun 2024. Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada kakitangan jabatan atas usaha mereka dalam membimbing dan menyokong agropreneur ke arah kejayaan. Majlis diteruskan dengan Majlis Pelancaran Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) Jabatan Perikanan, Malaysia, Pelancaran Buku coffe Table Pulau Perhentian, Penyampaian Sijil MS ISO/IEC 17025 Pusat Biosekuriti Tunjang Kedah, Penyampaian Sijil Pakar Pukat, Penyampaian Hadiah Pertandingan Pingpong Sempena Sambutan Hari Sukan Negara dan Penyampaian Bqantuan Banjir 2024. Turut Hadir dalam majlis ini YBhg Dato’Haji Azahari bin Haji Othman Pengarah Kanan Bahagian Akuakultur, Puan Yeo Moi Eim Pengarah Kanan Bahagian Biosekuriti Perikanan serta pengarah-pengarah kanan, pengarah-pengarah bahagian dan kakitangan jabatan.

Kunjungan Hormat Marine Research Foundation dan Yayasan Sime Darby ke Jabatan Perikanan Malaysia

Kunjungan Hormat Marine Research Foundation dan Yayasan Sime Darby ke Jabatan Perikanan Malaysia

YBhg. Dato’Haji Adnan bin Hussain Ketua Pengarah Perikanan Malaysia telah menerima kunjungan hormat daripada Dr Hjh Yatela Zainal Abidin Ketua Pengarah Eksekutif Yayasan Sime Darby dan Dr. Nicholas J Pilcher Pengasas dan Pengarah Eksekutif MRF. Kunjungan ini bertujuan membincangkan mengenai rancangan kerjasama jangka panjang antara ketiga-tiga pihak dan bertukar-tukar pandangan dalam memastikan kelestarian sumber perikanan negara terjamin. Ketua Pengarah Perikanan Malaysia berkata pihak jabatan mengalu-alukan kerjasama bersama pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau syarikat swasta dalam menjaga biodiversiti marin di negara ini. Turut Hadir En. Nazri bin Ishak Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, En. Abdullah bi Jaafar Pengarah Perikanan Negeri Pahang, serta pegawai-pegawai jabatan perikanan.

Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan Bagi Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001-2015 Jabatan Perikanan Malaysia

Mesyuarat ini bertujuan untuk menilai dan mengkaji semula Sistem Pengurusan Kualiti Jabatan bagi memastikan ia masih sesuai, berkesan dan mencukupi.

Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan Bagi Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001-2015 Jabatan Perikanan Malaysia Puan Yeo Moi Eim Pengarah Kanan Bahagian Biosekuriti telah mempengerusikan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan Bagi Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001-2015 Jabatan Perikanan Malaysia di Wisma Tani, Putrajaya. Mesyuarat ini bertujuan untuk menilai dan mengkaji semula Sistem Pengurusan Kualiti Jabatan bagi memastikan ia masih sesuai, berkesan dan mencukupi. Jabatan Perikanan Malaysia telah mewujudkan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 bagi memenuhi keperluan pelanggan melalui peningkatan berterusan untuk memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan yang memberi fokus kepada kehendak dan jangkaan pelanggan. Turut hadir, Puan Shamila binti Zainol Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan, En. Mohamed Rizal bin Mustafa @ Mustapha Bahagian Khidmat Pengurusan serta pegawai-pegawai Jabatan Perikanan Malaysia.

Kunjungan Hormat Pusat Penyelidikan Dasar (CPR), Universiti Sains Malaysia ke Jabatan Perikanan Malaysia

Jabatan Perikanan Malaysia telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Pusat Penyelidikan Dasar (CPR), Universiti Sains Malaysia

Jabatan Perikanan Malaysia telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Pusat Penyelidikan Dasar (CPR), Universiti Sains Malaysia yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk, Pengarah Pusat Penyelidikan Dasar (CPR) dan Prof. Dato’ Dr. Tan Shau Hwai, Pengarah Pusat Kajian Samudera & Pantai (CEMACS) di Wisma Tani pagi ini. Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan potensi kerjasama aktiviti yang boleh dilaksanakan secara bersama serta cadangan untuk mewujudkan Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuhkan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak. Kerjasama yang bakal terjalin ini dijangka membawa manfaat besar kepada kedua-dua pihak, terutama dalam memperkukuh usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang menyokong pertumbuhan mampan sektor perikanan di Malaysia. Melalui pemeteraian MoU ini kelak, hubungan antara Jabatan Perikanan Malaysia dan USM dijangka dapat mencipta sinergi yang lebih baik dalam menghadapi cabaran masa depan, terutamanya dalam aspek pemeliharaan sumber marin dan pembangunan teknologi perikanan. Perbincangan ini dipengerusikan oleh YBhg Dato’ Haji Azahari bin Haji Othman, Pengarah Kanan Bahagian Akuakultur serta dihadiri oleh YBrs. Dr. Azhar Bin Hamzah, Pengarah Kanan Institut Penyelidikan Perikanan, En. Pang Anak Nyukang, Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Konservasi dan Perlindungan Perikanan serta pegawai-pegawai perikanan ibu pejabat.

Lawatan Kerja Ketua Pengarah Perikanan Malaysia ke ALG Patin Legacy

Pada majlis ini, YBhg. Dato' Haji Adnan dibawa melawat ke kilang pemprosesan ikan patin dan diberi penerangan tentang operasi syarikat.

YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia telah hadir untuk merasmikan _Central Kitchen_ dan _Frozen Mart_ yang dimiliki oleh Encik Mohd Hafizul Atras bin Alan Azmi yang merupakan usahawan my Agropreneur Perikanan (myAP) Jabatan Perikanan Malaysia. En. Mohd Hafizul Atras mula menternak ikan patin, keli dan talapia di rumah dengan bermodalkan RM7,000.00. Kemudian beliau menceburkan diri ke dalam bidang usahawan iaitu ALG Patin Legacy. Kejayaan ini diperoleh melalui sokongan daripada Jabatan Perikanan Malaysia yang memberi latihan dan bantuan di bawah Program my Agropreneur Perikanan (myAP). Pada majlis ini, YBhg. Dato’ Haji Adnan dibawa melawat ke kilang pemprosesan ikan patin dan diberi penerangan tentang operasi syarikat. Turut hadir sama ialah YBhg. Dato’ Haji Azahari bin Haji Othman, Pengarah Kanan Bahagian Akuakultur, Puan Khazlita Adzim binti Abdol Aziz, Pengarah Bahagian Pengembangan Perikanan, Encik Abdullah bin Jaafar, Pengarah Perikanan Negeri Pahang dan Pegawai Perikanan dari Ibu Pejabat dan Pejabat Perikanan Negeri Pahang.

Lawatan Kerja Ketua Pengarah Perikanan ke Projek Kolam Udang Kuantan

YBhg, Dato' Haji Adnan bin Hussain Ketua Pengarah Perikanan Malaysia telah melawat ke Projek Kolam Udang yang diusahakan oleh syarikat Purnama Aquaculture di Kampung Cempaka, Kuantan, Pahang.

YBhg, Dato’ Haji Adnan bin Hussain Ketua Pengarah Perikanan Malaysia telah melawat ke Projek Kolam Udang yang diusahakan oleh syarikat Purnama Aquaculture di Kampung Cempaka, Kuantan, Pahang. Beliau telah diberi penerangan tentang operasi syarikat oleh En. Md. Yusery bin Md Yusoff pemilik syarikat Purnama Aquaculture Sdn Bhd. Syarikat ini menjalankan projek kolam Udang Putih (Litopenaeus vannemei) di tanah seluas 5 ekar dan mempunyai 5 buah kolam. Syarikat ini juga menerapkan penggunaan teknologi Internet of Things (IoT) dalam operasi ladang. Dengan sistem IoT, meningkatkan keberkesanan operasi ternakan ikan sangkar dari aspek penjimatan tenaga kerja dan masa bagi pengurusan makanan ikan. Melalui pembangunan mesin ini, pemberian makanan adalah secara automatik mengikut kekerapan dan kuantiti yang ditetapkan. Turut hadir En. Abdullah bin Jaafar Pengarah Perikanan Negeri Pahang serta kakitangan Jabatan Perikanan Negeri Pahang.

Program Pengukuhan dan Transformasi Kumpulan Sasar, Libat Urus bersama Ketua Pengarah Perikanan Malaysia & Rasa-rasa Akuakultur Jabatan Perikanan Negeri Pahang

Dato' Haji Adnan bin Hussain Ketua Pengarah Malaysia merasmikan Program Pengukuhan dan Transformasi Kumpulan, Libat Urus bersama Ketua Pengarah Perikanan Malaysia & Rasa-rasa Akuakultur Jabatan Perikanan Negeri Pahang di Dewan Permata Camar, Kuantan.

Dato’ Haji Adnan bin Hussain Ketua Pengarah Malaysia merasmikan Program Pengukuhan dan Transformasi Kumpulan, Libat Urus bersama Ketua Pengarah Perikanan Malaysia & Rasa-rasa Akuakultur Jabatan Perikanan Negeri Pahang di Dewan Permata Camar, Kuantan. Dalam ucapan, beliau berkata Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) memfokuskan terhadap pengeluaran akuakultur yang berkualiti tinggi, berorientasikan pasaran, dan selamat melalui pensijilan myGAP. Langkah ini memastikan produk perikanan negara mematuhi standard keselamatan dan kualiti antarabangsa. Sebagai contoh, bantuan benih udang putih sebanyak 150,000 ekor telah diberikan kepada penternak di Kampung Cempaka, bersama latihan dan sokongan teknologi untuk meningkatkan produktiviti. Selain itu, DOF turut mengambil langkah proaktif dalam memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam sektor perikanan. Dari tahun 2022 hingga 2024, Jabatan telah menyalurkan bantuan input peralatan bernilai RM80,000 kepada empat usahawan myAgropreneur Perikanan (myAP) di Kampung Cempaka. Bantuan ini diharapkan meningkatkan kecekapan, hasil, dan pendapatan pengusaha tempatan. Pada majlis yang sama, beliau telah menyampaikan sijil KJP sesi 2024/2024 serta hadiah pertandingan mewarna dan memasak kepada pemenang. Hadir sama, Puan Khazlita Adzim binti Abdol Aziz Pengarah Bahagian Pengembangan Perikanan, dan En. Abdullah bin Jaafar Pengarah Perikanan Negeri Pahang serta kakitangan Jabatan Perikanan Malaysia.

Majlis Sambutan Hari Kualiti Peringkat Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) 2024

Sambutan hari kualiti

Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan, merasmikan Majlis Sambutan Hari Kualiti Peringkat IPP di Auditorium Tunku Abdul Rahman (AkuaTAR), Batu Maung, Pulau Pinang. Dalam ucapan beliau, Dato’ Haji Adnan turut menggalakkan penyelidik-penyelidik untuk terus menghasilkan penulisan berkualiti dan menyertai pertandingan yang dapat memperkukuhkan lagi kualiti penyelidikan serta inovasi dalam bidang perikanan. Beliau juga menekankan bahawa penyelidikan yang cemerlang merupakan asas kepada kemajuan sektor perikanan negara yang mampan. Pada majlis yang sama, beliau turut menyampaikan tujuh kategori Anugerah Kualiti, antaranya Anugerah Ruang Kerja Terbaik, Anugerah Pemindahan Teknologi Perikanan Terbanyak, Anugerah Reviewer Penyelidikan Terbanyak, Anugerah Inovasi Perikanan Terbanyak, Anugerah Penerbitan Kertas Penyelidikan Terbanyak, Anugerah Pembentangan Kertas Saintifik Terbanyak, dan Anugerah Jumlah Likes Terbanyak. IPP Glami Lemi telah mencatat kejayaan cemerlang dengan memenangi lima anugerah yang dipertandingkan. Turut hadir dalam majlis ini, Dr. Azhar Hamzah, Pengarah Kanan IPP Batu Maung, Dr. Kua Beng Chu, Timbalan Pengarah Kanan IPP, Cik Zarina Zainuddin, Pengarah Perikanan Pulau Pinang, serta pengarah-pengarah, pegawai-pegawai, dan kakitangan IPP.

Majlis Peluncuran Wajah Baharu AKUATAR

majlis peluncuran akuatar

Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan hari ini merasmikan Majlis Peluncuran Wajah Baharu Akuarium Tunku Abdul Rahman (AkuaTAR) di Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) Batu Maung, Pulau Pinang Pelancaran wajah baharu AkuaTAR merupakan usaha bagi meningkatkan kesedaran awam mengenai pemuliharaan ekosistem akuatik negara. Penambahbaikan yang dilaksanakan termasuklah peningkatan infrastruktur akuarium, ruang pameran yang lebih luas, serta teknologi baharu dalam pameran yang membolehkan pengunjung lebih mendalam memahami keunikan serta kepelbagaian spesies akuatik Malaysia. AkuaTAR kini menempatkan hampir 123 spesies ikan dalam 19 tangki air tawar, enam tangki ikan larangan import, 26 tangki ikan marin, lapan tangki tumbuhan akuatik, serta pelbagai spesimen awet dan empat kolam sentuh. Selain pameran akuatik, rangka ikan paus Bryde sepanjang 40 kaki turut menjadi salah satu tarikan utama bagi para pengunjung. Ketua Pengarah Perikanan meluangkan masa melawat ke AkuaTAR bagi melihat pelbagai spesies akuatik yang dipamerkan. Penerangan telah disampaikan oleh Pengurus AkuaTAR, Encik Kaharudin bin Md Saleh, Jabatan Perikanan Malaysia mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas peruntukkan naiktaraf AkuaTAR daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC). Hadir sama, YBrs. Dr. Annuar bin Mohamed, Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Negeri Pulau Pinang, Dr. Azhar Hamzah Pengarah Kanan IPP Batu Maung, Dr. Kua Beng Chu Timbalan Pengarah Kanan IPP, Cik Zarina Zainuddin, Pengarah Perikanan Pulau Pinang, pengarah-pengarah IPP, pegawai-pegawai dan kakitangan IPP.

Majlis Penyerahan Bot Peronda Laju Baharu Jabatan Perikanan Malaysia

Majlis Penyerahan Bot bersama KPP

YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia telah hadir ke MSET Shipbuilding Corporation Sdn. Bhd. di Pulau Kambing, Kuala Terengganu, Terengganu bagi menyempurnakan majlis penyerahan sepuluh (10) buah bot peronda 13 meter baharu untuk Jabatan Perikanan Malaysia. Bot-bot peronda tersebut akan ditempatkan di negeri-negeri strategik, iaitu Kedah (1), Pulau Pinang (2), Perak (2), Melaka (1), Johor (3), dan Kelantan (1) dengan tujuan utama untuk meningkatkan keupayaan pengawasan bagi melindungi sumber perikanan negara. Bot-bot peronda tersebut dibina menggunakan bahan aluminium dengan panjang hull 13 meter dan kelebaran 3.5 meter serta dilengkapi dengan tiga (3) enjin sangkut berkuasa 300 kuasa kuda setiap satu, _global positioning system_ (MCS), radar, sistem sonar, dan sistem komunikasi terkini. Bot-bot peronda tersebut berupaya mencapai kelajuan sehingga 42 knots yang mana membolehkan bot-bot peronda tersebut mengejar dan memintas vesel yang cuba melarikan diri semasa pihak jabatan menjalankan aktiviti pemantauan, pengawalan dan pengawasan (MCS) di laut. Turut hadir ke majis penyerahan ini ialah Tuan Haji Abdul Halim Bin Marzuki Pengarah Kanan Bahagian Kejuruteraan, Cik Uraini Binti Ujang Ketua Cawangan Kolaborasi, Pendidikan & Logistik, Bahagian Konservasi dan Perlindungan Perikanan, Encik Ruzaidi Bin Mamat Pengarah Pejabat Perikanan Negeri Terengganu, Encik Mohd Ghazali bin A. Manap, Pengarah Pejabat Perikanan Negeri Perak, Dr. Erniyta Binti Osman, Pengarah Pejabat Perikanan Negeri Kelantan, Puan Zarina Binti Zainuddin, Pengarah Pejabat Perikanan Negeri Pulau Pinang, Encik Saufi Affandi Bin Talib, Pengarah Pejabat Perikanan Negeri Melaka, dan pegawai-pegawai dari Ibu Pejabat serta Pejabat Perikanan Negeri Terengganu serta wakil dari syarikat.

FishComm Hotline