Perhimpunan Amanat 2025 Ketua Pengarah Perikanan

Ketua Pengarah Perikanan, YBhg. Dato’ Haji Adnan Bin Hussain, menyampaikan amanat tahun 2025 bertempat di Dewan Arowana, Ibu Pejabat Perikanan Putrajaya. Bertemakan Memperkasa Keupayaan, Meningkatkan Pengeluaran dan Memelihara Sumber yang akan dipacu melalui penggunaan teknologi moden dan mekanisasi. Jabatan Perikanan Malaysia juga akan memperkukuh kerjasama dengan pelabur asing melalui Polisi Pelaburan (FDI) untuk membangunkan ladang akuakultur berteknologi tinggi yang mampu membuka lebih banyak peluang pekerjaan Dalam ucapannya, YBhg. Dato’ Adnan juga menekankan konsep “Bahagia @ DoF” yang membicarakan kebahagiaan dan pekerjaan, kedua-dua konsep ini adalah saling berkait untuk menjadikan jabatan lebih cemerlang. Turut hadir dalam perhimpunan ini, YBhg. Dato’ Haji Azahari bin Haji Othman, Pengarah Kanan Bahagian Akuakultur, YBrs. Dr. Azhar bin Hamzah, Pengarah Kanan Institut Penyelidikan Perikanan, pengarah-pengarah bahagian, pengarah-pengarah perikanan negeri, pengarah-pengarah institut penyelidikan perikanan serta pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Perikanan Malaysia.
Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 yang bertemakan “Memacu Reformasi, Mengukuh Keterjaminan Makanan Negara”, oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan, Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu bersama warga KPKM di Dewan Serbaguna Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Wisma Tani, Putrajaya. Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh warga KPKM yang memberi kerjasama dalam mencapai kejayaan sepanjang tahun 2024, termasuk pelaksanaan pelbagai inisiatif strategik yang membantu mengukuhkan sektor pertanian negara. Antara pencapaian utama yang dibangkitkan ialah dalam industri akuakultur yang mencatatkan 91.76% pengeluaran daripada sasaran 500 ribu tan metrik, dengan pengeluaran benih tempatan mencapai 110% daripada sasaran. YB Menteri menggariskan dua tumpuan utama pada tahun ini iaitu Reformasi Industri Padi Beras dan Pembangunan Sektor Ruminan. Beliau turut menyeru seluruh warga kementerian supaya terus mengamalkan prinsip integriti, kejujuran dan kerja berpasukan dalam melaksanakan amanah agar sektor pertanian negara dapat melangkah ke hadapan dengan lebih mampan dan berdaya saing. Turut hadir ke Majlis Amanat Menteri Pertanian dan Keterjaminan, YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YBhg. Datuk Seri Isham Ishak, Ketua Setiausaha KPKM, YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan dan Pegawai-Pegawai Kanan KPKM, jabatan dan agensi.
Kunjungan Hormat Persatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Pulau Tengah atau Tengah Island Conservation (TIC) ke Jabatan Perikanan Malaysia (DOF)

YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia telah menerima kunjungan hormat Puan Noor Azariyah Mohtar, Pengarah Eksekutif TIC di Jabatan Perikanan Malaysia, Wisma Tani pada pagi ini. Kunjungan ini bertujuan membincangkan usaha dalam menjalinkan kerjasama dengan pihak jabatan dalam menjalankan usaha-usaha konservasi marin terutamanya di perairan kepulauan Mersing Jabatan Perikanan Malaysia bertanggungjawab dalam pengurusan dan pemuliharaan sumber perikanan memandangkan ianya merupakan salah satu elemen yang amat penting bagi keterjaminan makanan negara. Sehubungan itu, pihak Jabatan sentiasa mengalu-alukan penglibatan aktif Jabatan Kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), komuniti korporat, komuniti setempat serta individu-individu untuk terlibat dalam program dan aktiviti konservasi alam sekitar bagi meningkatkan tahap kesedaran di kalangan masyarakat agar bersama-sama memelihara alam sekitar khususnya di kawasan perairan marin. Turut hadir sama En. Pang Anak Nyukang, Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Konservasi dan Perlindungan Perikanan Cawangan Pemantauan, Kawalan dan Pengawasan (MCS), En. Nazri bin Ishak, Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Stategik, En. Rahman bin Wahab, Pengarah Perikanan Negeri Johor, En. Azlan bin Md Nor, Ketua Cawangan Konservasi Ekosistem dan Biodiversiti, pegawai-pegawai perikanan serta Pegawai dari TIC.
Kunjungan Hormat TBG Aset Biologi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) ke Jabatan Perikanan Malaysia (DOF)

YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia telah menerima kunjungan hormat Puan Zeti Azlida binti Zakaria, Pengarah Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan (PPPA) di Jabatan Perikanan Malaysia, Wisma Tani pada pagi ini. Kunjungan ini bertujuan membincangkan tentang gerak kerja kajian pembangunan polisi perakaunan akruan Kerajaan Persekutuan melalui Task Based Group (TBG) yang diketuai oleh Puan Hawariah binti Idris, Ketua Akauntan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM). Selain itu juga, tujuan kunjungan hormat ini adalah untuk memaklumkan fokus TBG Aset Biologi iaitu Hidupan Akuatik yang memerlukan sokongan dan kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) untuk TBG Aset Biologi melaksanakan kajian berkaitan Hidupan Akuatik di Jabatan Perikanan. Turut hadir sama En. Mohamed Rizal bin Mustafa @ Mustapha, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, En. Nazri bin Ishak, Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Puan Agnes Caroline Anak Gibea, Ketua Cawangan / Pegawai Tadbir dan Diplomatik Bahagian Khidmat Pengurusan Cawangan Kewangan Dan Perolehan, pegawai-pegawai perikanan serta Pegawai dari KPKM dan JANM.
(KPKM) Sempena Sesi Perjumpaan YAB Perdana Menteri dan Amanat Tahun Baharu 2025

Perjumpaan ini menjadi platform penting untuk memperkukuhkan hubungan antara YAB Perdana Menteri dengan penjawat awam. Bersama-sama, kita akan terus melangkah dengan yakin, berdaya saing, dan berintegriti dalam usaha membina Malaysia yang progresif dan inklusif. Perjumpaan ini menjadi saksi kepada iltizam kita untuk sentiasa bersatu padu dalam menghadapi cabaran dan menggapai kejayaan.
Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Kedua Persatuan Persara Pembantu Perikanan Malaysia (Alumni FA)

Persatuan Persara Pembantu Perikanan Malaysia (Alumni FA) telah mengadakan mesyuarat agung tahunan kali kedua yang berlangsung di Tanjung Kling, Melaka dengan tujuan untuk membentangkan laporan tahunan serta melaksanakan pemilihan dan pelantikan Ahli Jawatankuasa (AJK) baharu bagi tempoh tahun 2025. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, yang turut menyampaikan ucapan penghargaan kepada para pesara yang hadir. Beliau berkata, Pesara Pembantu Perikanan perlu aktif dalam menjalin kerjasama dengan Jabatan Perikanan dalam setiap aktiviti berkaitan perikanan supaya dapat mengukuhkan lagi hubungan antara alumni dan jabatan serta meningkatkan kesejahteraan komuniti perikanan. Beliau juga berharap agar persatuan ini kekal relevan dan berdaya saing sebagai saranan untuk masa depan. Turut hadir, Tuan Haji Zakaria Ab Rahman, Pengerusi Persatuan Pesara Pembantu Perikanan Malaysia serta Tuan Haji Harbit Hussin Karem Bax, Timbalan Pengerusi Persatuan Pesara Pembantu Perikanan Malaysia.
Kunjungan Hormat Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) ke Jabatan Perikanan Malaysia (DOF)

YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia telah menerima kunjungan hormat YBhg. Dato’ Indera Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan di Jabatan Perikanan Malaysia, Wisma Tani pada pagi ini. Kunjungan ini bertujuan membincangkan masalah yang dihadapi dan mencari solusi bantuan kepada penternak akuakultur di Kampung Jerantut Feri yang merupakan kawasan yang dipilih oleh Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan di bawah Program Satu Pemimpin satu Kampung (Santuni MADANI). Turut hadir sama Dr. Siti Norita binti Mohamad, Pengarah Institut Penyelidikan Perikanan Glami Lemi, Negeri Sembilan, En. Luther bin Moguup @ John, Ketua Cawangan Akuakultur Air Tawar, Bahagian Akuakultur, En. Mohd Fauzi bin Salehon, Ketua Cawangan Tranformasi Ekonomi Perikanan, Bahagian Akuakultur, En. Muhammad Nur Ashry bin Bassari, Ketua Cawangan Akuakultur, Pejabat Perikanan Negeri Pahang, dan En. Mohd Nor Ramzan bin Rohim, Ketua Pusat Pengembangan Akakultur Perlok, Pahang.
Majlis Flag-Off Skuad Ihsan MADANI Peringkat Kementerian Pertanian Keterjaminan Makanan

YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah menyempurnakan Majlis Flag-Off Skuad Ihsan MADANI KPKM di Lobi Utama, Wisma Tani, Putrajaya pada hari ini. Beliau berkata, pihak KPKM akan membantu mangsa banjir melalui tiga skim bantuan iaitu tabung bencana tanaman padi, tabung bencana pertanian dan skim takaful tanaman padi dibawah AGROBANK. Selain itu, Pelancaran skuad ihsan madani KPKM ini juga merupakan salah satu bantuan bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir di daerah yang terjejas terutamanya di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pahang. Hadir sama YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, Ketua-ketua Pengarah Jabatan dan Agensi dibawah KPKM serta pegawai-pegawai kanan dan warga KPKM.
Majlis Flag-OFF Skuad Ihsan Madani Peringkat Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah menyempurnakan Majlis Flag-Off Skuad Ihsan MADANI KPKM di Lobi Utama, Wisma Tani, Putrajaya pada hari ini. Beliau berkata, pihak KPKM akan membantu mangsa banjir melalui 3 skim bantuan iaitu tabung bencana tanaman padi, tabung bencana pertanian dan skim takaful tanaman padi dibawah AGROBANK. Selain itu, Pelancaran skuad ihsan madani KPKM ini juga merupakan salah satu bantuan bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir di daerah yang terjejas terutamanya di negeri Kelantan, Terangganu, Kedah dan Pahang. Hadir sama YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain Ketua Penagarah Perikanan Malaysia, Ketua-ketua Pengarah Jabatan dan Agensi dibawah KPKM serta pegawai-pegawai kanan dan warga KPKM.
Sesi Taklimat Cadangan Pindaan Rang Undang-undang Perikanan 1985 (Akta 317) kepada YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, Timbalan Ketua Menteri 1 dan Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah

Seperti sedia maklum, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) sedang di dalam proses untuk pindaan Rang Undang-Undang Perikanan 1985 (Akta 317) bagi memperkasakan perundangan untuk digunapakai di seluruh Malaysia. Beberapa sesi libat urus bersama Kerajaan Negeri telah dilaksanakan bagi mendapatkan pandangan dan cadangan berhubung pindaan Rang Undang-Undang (RUU) tersebut. Sehubungan dengan itu,sesi taklimat secara khusus mengenai pindaan RUU bagi Akta 317 oleh Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan kepada YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, Timbalan Ketua Menteri 1 dan Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) serta Kementerian/Jabatan/Agensi terlibat telah diadakan pada 12 Disember 2024 (Khamis), di Bilik Mesyuarat Aras 8, Menara Lembaga Pertubuhan Peladang, Kuala Lumpur. Sesi taklimat ini juga telah dihadiri oleh YBhg. Dato’ Haji Adnan Bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, YBhg. Datuk Leonard Stephen Poyong Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI), Encik Rizal bin Johari, Setiausaha Sulit Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI), Encik C.K. Low, Pegawai Tugas-Tugas Khas (PTTK), YBhg. Datuk Azhar bin Hj Kassim, Pengarah Perikanan Sabah, Tuan Hj. Yusof Hj. Ag Besar,Pengurus Besar Ko-Nelayan, Tuan Syed Mohd Hamizan bin Roslan Pengurus Besar Sabah Fish Marketing Sdn Bhd. (SAFMA), Pn. Yeo Moi Eim, Pengarah Kanan Bahagian Biosekuriti Perikanan, serta pegawai-pegawai kementerian dan jabatan.