Portal Rasmi

Jabatan Perikanan Malaysia

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

FishCom

FAQ

Maklum Balas

Hubungi Kami

Peta Laman

Selamat Datang ke Laman

Pejabat Perikanan Negeri Kedah

Pengenalan Jabatan

Perutusan Pengarah

SALAM SEJAHTERA

Selamat datang dan terima kasih kerana mengunjungi Laman Web Pejabat Perikanan Negeri Kedah.

Pejabat Perikanan Negeri Kedah merupakan salah satu negeri peneraju utama pembangunan dan pemodenan sektor perikanan negara. Misi Jabatan Perikanan adalah untuk mengurus dan membangunkan sektor perikanan negara secara mampan, dinamik dan berdaya saing berasaskan maklumat saintifik dan perkhidmatan berkualiti. Dalam melaksanakan misi tersebut, Pejabat Perikanan Negeri Kedah memberi tumpuan kepada usaha yang dapat meningkatkan kualiti, kecekapan, dan keberkesanan penyampaian perkhidmatannya dan perkongsian pintar di antara Jabatan dan pihak yang berkepentingan.

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah mewujudkan satu pemudah cara yang membuka saluran informasi kepada orang ramai. Justeru, laman web ini telah direkabentuk sebagai satu medium utama untuk menyampaikan pengumuman, perkhidmatan, program,perangkaan, dan maklumat umum mengenai Jabatan. Lantaran itu juga, laman web ini telah disusun sebagai sumber rujukan kepada semua yang berkepentingan dalam meluaskan konsep masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan.

Saya berharap laman web ini akan memberi manfaat kepada semua. Pada masa yang sama, saya mengalu-alukan sebarang cadangan, pandangan serta maklumbalas melalui ruang yang telah disediakan.

Sekian, terima kasih

PENGARAH
PEJABAT PERIKANAN NEGERI KEDAH

Senarai Pejabat Perikanan Daerah

Ruangan Sosial

Hubungi Kami

Pejabat Perikanan Negeri Kedah