Program Sijil Perikanan
Utama » Perkhidmatan » Kursus & Latihan » Program Sijil Perikanan
Pengenalan
- Merupakan program pengajian tinggi peringkat sijil yang diperkenalkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia dan dilaksanakan oleh Akademi Perikanan Malaysia.
- Bertujuan untuk memberi pendedahan tentang industri perikanan secara menyeluruh dengan tumpuan kepada empat (4) aspek utama iaitu Perikanan Tangkapan, Akuakultur, Biosekuriti dan Pengurusan Produk Perikanan Lepas Tuai.
- Pelajar akan didedahkan dengan ilmu pengetahuan bidang perikanan, kemahiran teknikal perikanan dan kemahiran soft skift melibatkan pembinaan sahsiah diri dan keusahawanan.
- Pelaksanaan program mengikut piawaian MQA dan telah mendapat akreditasi penuh MQA.
Objektif Program
- Mengeluarkan tenaga kerja mahir sektor perikanan bagi memenufii tenaga kerja seKtor kerajaan dan swasta.
- Melahirkan modal insan kreatif dan inovatif yang membantu transformasi sektor perikanan.
- Menyediakan latihan kemahiran dan pengkhususan bagi melahirkan bakal usahawan perikanan.
Hasil Pembelajaran Program (Program Learning Outcome-PLO)
PLO 1
Menguasai ilmu dalam pelbagai bidang perikanan.
PLO 2
Mengaplikasi kemahiran teknikal perikanan bagi menyelesaikan masalah dalam industri perikanan.
PLO 3
Mengintegrasi ilmu perikanan dengan kemahiran menjalankan kerja-kerja lapangan.
PLO 4
Mengaplikasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam pembelajaran.
PLO 5
Mempunyai kebolehan bekerja dalam pasukan.
PLO 6
Mempamerkan sikap, nilai dan etika kerja sentiasa berusaha mempertingkat diri dan masyarakat.
PLO 7
Peka terhadap isu-isu semasa dan global dalam bidang perikanan.
Struktur Kurikulum Program Sijil Perikanan
| Bil | Semester 1 | Jam Kredit | |
| 1 | Pengenalan Perikanan FIS 1012 | 2 | |
| 2 | Asas Biologi Ikan FIS 1023 | 3 | |
| 3 | Pengajian Malaysia 1 MPU 1152 | 2 | |
| 4 | Fundamental English (English 1) BBI 1042 | 2 | |
| 5 | Sistem Aplikasi Komputer (Teknologi Maklumat Dan Komunikasi) CAS 1052 | 2 | |
| 6 | Prinsip Akuakultur (Prinsip Akuakultur 1) FAP 1063 | 3 | |
| 7 | Pengurusan Sumber Perikanan (Pengurusan Sumber Perikanan 1) FRM 1073 | 3 | |
| 8 | Kokurikulum CCU 1081 | 1 | |
| Jumlah | 18 |
| Bil | Semester 2 | Jam Kredit |
| 1 | Asas Statistik Dan Penyelidikan MTH 1093 | 3 |
| 2 | English For Communication (English 2) BBI 1102 ________________ | 2 |
| 3 | Pengendalian Ikan FIH 1153 | 3 |
| 4 | Penilaian Sumber Perikanan FRM 1123 | 3 |
| 5 | Prinsip Perakaunan ACC 1133 | 3 |
| 6 | Teknologi Akuakultur FAT 1113 | 3 |
| 7 | Teknologi Penangkapan Ikan MFT 1143 | 3 |
| Jumlah | 18 |
| Bil | Semester 3 | Jam Kredit |
| 1 | Ekonomi Malaysia MPU 1313 | 3 |
| 2 | Pengurusan Kesihatan Ikan FIH 1163 | 3 |
| 3 | Kemahiran Berfikir MPU 1212 | 2 |
| 4 | Kemahiran Keusahawanan MPU 1222 | 2 |
| 5 | Pembangunan Komuniti Perikanan FCD 1203 | 3 |
| 6 | Teknologi Pelayaran Dan Perkapalan (Teknologi Marin 2) MNS 1213 | 3 |
| 7 | Teknologi Pemprosesan Dan Kualiti Produk Perikanan FPQ 1223 | 3 |
| Jumlah | 19 |
| Bil | Semester 4 | Jam Kredit |
| 1 | Latihan Industri FIS 1236 (Teknologi Maklumat Dan Komunikasi) CAS 1052 | 6 |
| Jumlah | 6 |
Kriteria Permohonan
- Warganegara Malaysia berumur di antara 18 hingga 30 tahun (umur semasa memohon kursus).
- Berkelulusan SPM atau SPMV atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan;
- Lulus subjek Matematik atau Sains atau subjek STEM/Elektif STEM atau lulusan SKM Tahap 2 dalam bidang berkaitan.
- Berjaya dalam temuduga yang dijalankan.
- Sihat tubuh badan.
Kemudahan yang Disediakan
APM memiliki struktur organisasi yang lengkap dalam menyediakan program latihan di samping mempunyai kemudahan pembelajaran, perkhidmatan dan rekreasi yang mencukupi. Berikut adalah kemudahan program yang boleh diperolehi:
Asrama penginapan disediakan
Yuran pengajian adalah percuma
Makan – minum ditanggung
Pelaksanaan Program mengikut Piawaian MQA dan telah mendapat akreditasi penuh.
Elaun Bulanan Pelajar
Peluang Pekerjaan
- Usahawan Produk Perikanan
- Pengurus Akuakultur
- Penyelia Dalam Industri Perikanan
- Usahawan Perikanan Laut Dalam