Portal Rasmi

Jabatan Perikanan Malaysia

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Lawatan Kerja Ketua Pengarah Perikanan Malaysia ke Projek Ternakan & Pembenihan Ikan Keli dalam Kolam Tanah

YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke projek ternakan dan pembenihan Ikan Keli kolam tanah yang terletak di daerah Kuala Nerus, Terengganu.

Projek yang dimiliki oleh Encik Haji Tuan Ismail ini telah beroperasi sejak 2016 yang mempunyai 1.59 ekar keluasan tapak projek dengan kadar pengeluaran hasil sebanyak 1.1 tan sebulan. Selain itu juga, projek ini juga telah mendapat bantuan dari Jabatan Perikanan.

Turut hadir sama, Encik Ruzaidi bin Mamat, Pengarah Perikanan Negeri Terengganu serta pegawai-pegawai perikanan negeri dan ibu pejabat.

Lihat Artikel Terkini

FishComm Hotline