Bahagian Pengurusan Maklumat
Utama » Info Korporat » Bahagian / Unit » Bahagian Pengurusan Maklumat
Peranan Bahagian
-
Mengumpul dan memproses data serta maklumat perikanan dengan efektif dan efisien untuk disebarkan melalui media cetak dan elektronik bagi perancangan, pengurusan dan pembangunan sector perikanan secara mapan, dinamik dan berdaya saing ke arah mencapai objektif Jabatan.
- Merancang dan melaksanakan pembangunan dan perlaksanaan projek aplikasi baru di Jabatan.
- Memantau penyelenggaraan Sistem Aplikasi sedia ada di Jabatan.
- Memantau perlaksanaan projek-projek ICT dalam Mesyuarat Jawatankuasa ICT (JPICT) Jabatan.
- Pemantauan Pelaksanaan dan Penggunaan Sistem Aplikasi EG.
- Pemantauan projek Intergrasi dengan agensi.
- Memantau dan memastikan Pelan Strategik Teknologi Maklumat bagi Jabatan dilaksanakan selaras dengan pelan strategik Jabatan.
- Mengurus perolehan Sistem Aplikasi.
- Mengurusetiakan dan melaksanakan MesyuaratJawatankuasa Pemandu ICT.
Cawangan Pembangunan Aplikasi
Cawangan Rangkaian & Keselamatan ICT
- Melaksana dan memantau rangkaian 1Gov*Net di Jabatan.
- Mengurus pembangunan, pelaksanaan, penyelenggaraan dan pemantauan keselamatan ICT dan menjalankan tugas sebagai ICTSO Jabatan.
- Mengurus pembangunan, perlaksanaan dan penyelenggaraan pusat data.
- Mengurus pelaksanaan dan penyelenggaraan emel 1GovUc.
- Merancang dan menyelaras peruntukan mengurus bahagian.
- Mengurusetiakan dan melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT.
- Menyelaras dan memberi bantuan serta khidmat sokongan teknikal bagi peralatan ICT kepada pengguna.
- Merancang kursus dan latihan ICT kepada warga DOF.
- Merancang perolehan peralatan ICT secara sewaan bagi Ibu Pejabat, PPN,PPD dan Pusat.
- Mengurus aset dan inventori ICT.
- Mengurus dan menyelaras pelupusan infrastruktur ICT.
- Menyelenggara dan mengemaskini kandungan serta memberi sokongan teknikal ke atas Laman Web Rasmi Jabatan.
- Mengurusetiakan dan melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT.
Cawangan Operasi Teknikal & Laman Web
Cawangan Pelaburan dan Perundingan
- Menyebarluaskan maklumat dan memberi khidmat perundingan prospek pelaburan dan model perniagaan yang sesuai kepada syarikat swasta dan bakal pelabur dalam bidang akuakultur, perikanan tangkapan, industri pemprosesan berasas ikan dan perniagaan khidmat sokongan perusahaan perikanan.
- Menyelaras fasilitasi perdagangan dalam dan luar negara dalam sektor perikanan.
- Merancang, mengurus dan menyemak Program Galakan Insentif termasuk pengecualian cukai dan Galakan Padanan bagi sektor perikanan.
- Menyelaras penganjuran dan penyertaan industri di dalam ekspo peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang berkaitan dengan industri perikanan. Memantau projek pembangunan East Coast Economic Region (ECER) dan Northern Corridor Implementation Authority (NCIA).
Bahagian Pengurusan Maklumat
Wisma Tani, Aras 3, Blok Menara 4G2, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62628 PUTRAJAYA
Nombor Telefon
03-8870 4306
Fax
03-8881 0343
