Official Portal

Department Of Fisheries Malaysia

Ministry Of Agriculture and Food Security

Skim Pensijilan myGAP Sektor Akuakultur

Introduction

Skim Pensijilan MyGAP

  • Skim Pensijilan Ladang Akuakultur Malaysia (SPLAM) mula diperkenalkan pada tahun 2005 meliputi sistem ternakan akuakultur kolam, sangkar, tangki, panti benih (hatcheri) dan pengeluaran rumpai laut.
  • Bermatlamatkan penghasilan produk akuakultur selamat dimakan dan berkualiti tanpa memudaratkan persekitaran, kebajikan haiwan dan mematuhi keperluan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
  • Malaysia Good Agricultural Practice (MyGAP) merupakan penjenamaan semula bagi sektor akuakultur.

Faedah

Meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap hasil akuakultur yang bersih, selamat dan dikeluarkan tanpa menjejaskan kualitit alam sekitar.

Jaminan kerajaan bagi produk akuakultur yang selamat melalui aktiviti pensampelan.

Komitmen ladang untuk mengeluarkan hasil akuakultur yang selamat dimakan dan meningkatkan keyakinan pengguna.

Memperluaskan laluan pasaran kepada hasil akuakultur Malaysia.

Kriteria Permohonan

Prosedur Permohonan

Kriteria Penilaian

Berpandukan kepada keperluan piawai seperti terkandung dalam:

  • MS 1998:2007 – Good Aquaculture Practice (GAqP) – Aquaculture Farm General Guidelines;
  • MS 2467:2012 – Code of Practice for Seaweed Cultivation.

Lima (5) kriteria utama:

  • Keselamatan Makanan
  • Keperluan Kesihatan Ikan
  • Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
  • Kelestarian Persekitaran
  • Kebajikan Haiwan

Lapan Belas (18) perkara perlu dipatuhi:

  • Pemilihan Tapak
  • Kawalan Air Buangan
  • Pembinaan Ladang
  • Kebersihan dan keadaan permukaan bersentuh
  • Reka bentuk kolam/ sangkar
  • Kesihatan Pekerjaan
  • Pengurusan Air
  • Amalan Kebersihan Ladang
  • Pembajaan Kolam
  • Sosial dan Kebajikan Pekerja
  • Kawalan Pemangsa dan Makhluk Perosak
  • Penuaian dan Pengendalian Hasil  Ladang
  • Bekalan Bahan Mentah (Aditif, Benih)
  • Pelabelan, Penyimpanan dan Penggunaan Sebatian Berbahaya
  • Pengurusan Kesihatan Ternakan
  • Penyimpanan Rekod Ladang
  • Kawalan Biosekuriti Ladang
  • Halal

Carta Alir Skim Pensijilan MyGAP

Carta Alir Permohonan dan Pendaftaran Baharu Pensijilan MyGAP

Carta Alir Pengauditan dan Kelulusan Pensijilan MyGAP

Tempoh Sah Laku

  • Sijil yang telah dikeluarkan kepada penternak mempunyai tempoh sah laku selama dua (2) tahun.

Pembaharuan Sijil

  • Boleh dibuat dalam masa tiga (3) bulan sebelum tarikh sijil tamat.

Pembaharuan Sijil

  • Ladang ternakan yang didapati telah tidak mengamalkan kriteria MyGAP serta melanggar dan tidak akur kepada mana-mana syarat piawaian pengiktirafan pensijilan berdasarkan:

FishComm Hotline