Official Portal

Department Of Fisheries Malaysia

Ministry Of Agriculture and Food Security

Program Ikubator Pengembangan

Latar Belakang

Program Inkubator Pengembangan Jabatan Perikanan Malaysia ini adalah projek yang dilaksanakan oleh Bahagian Pengembangan Perikanan.

Pewujudan Program Inkubator Pengembangan ini telah dilaksanakan semasa Dasar Pertanian Negara 3 (DPN3) bagi melahirkan lebih ramai lagi usahawan yang berkualiti selain daripada memberi latihan yang bersistematik yang boleh meningkatkan kemahiran serta kepakaran dalam bidang keusahawanan.

Program ini dilaksanakan di Semenanjung Malaysia mengikut zon/wilayah termasuk Sarawak dan W.P Labuan.

Objektif Program

  1. Mewujudkan sebarang ramai usahawan perikanan yang melibatkan diri secara langsung dan aktif dalam menguruskan perniagaan sendiri/kumpulan serta mempunyai daya tahan dan saing dalam sektor perikanan.
  2. Mewujudkan rantaian jaringan di antara sesama usahawan perikanan dan antara usahawan perikanan dengan kumpulan pembimbing usahawan, usahawan sektor lain, pelabur asing, agensi dan semua yang terlibat dalam rantaian perniagaan.
  3. Melahirkan usahawan perikanan yang mampu menilai dan menggunakan teknologi baharu dan teknologi maklumat (IT) dalam proses pengeluaran, pemprosesan, memberi perkhidmatan perikanan, pengedaran dan pemasaran produk yang berkualiti, kompetitif dan berinovasi selaras dengan kehendak pengguna.
  4. Membantu dan menggalakkan pengeluaran produk dan perkhidmatan perikanan terpilih dan berkualiti yang dikeluarkan oleh usahawan perikanan supaya menembusi pasaran di dalam dan luar negara.
  5. Memperluaskan pasaran usahawan perikanan terutama bumiputera dalam sektor perikanan strategik, bidang tumpuan dan bidang yang kurang penglibatan aktif usahawan Bumiputera.
  6. Mendorong usahawan perikanan yang berjaya menerusi program ini supaya dapat membantu pula usahawan baharu dan pengusaha kecil dalam bidang perikanan.

Sektor Perikanan Yang Digalakkan

Sektor perikanan yang berpotensi dan digalakkkan untuk Program Inkubator Pengembangan mengikut keutamaan adalah seperti berikut:

Pemprosesan Produk Perikanan Tangkapan (Laut)

Pemprosesan Produk Akuakultur (Air Tawar)

Kumpulan Sasar

FishComm Hotline