Permit Import/Eksport Spesies Akuatik Terancam Kepupusan CITES – Akta 686
Home » Services » Import & Eksport » Permohonan Sijil Sokongan Eksport Ikan dan Hasilan Ikan » Permit Import/Eksport Spesies Akuatik Terancam Kepupusan CITES – Akta 686
Introduction
Permit CITES hanya dikeluarkan oleh Ibu pejabat Jabatan Perikanan Malaysia di Putrajaya. Antara permit CITES yang dikeluarkan adalah permit export CITES, permit import CITES dan permit re-eksport CITES. Berikut merupakan syarat – syarat yang perlu dipatuhi untuk memohon permit CITES.
- Permit eksport CITES hanya diberikan kepada ladang pembiakbakaan (arowana) yang mendapat kelulusan dan nombor pendaftaran ladang dari Sekretariat CITES di Geneva. Klik di sini untuk panduan penyediaan proposal bagi tujuan pendaftaran (Annex 3).
- Ladang tersebut perlu berdaftar sebagai ladang pembiakbakaan spesies terjadual di bawah Akta 686. Klik di sini untuk Borang pendaftaran.
- Ladang tersebut perlu berdaftar dengan Bahagian Biosekuriti Perikanan sebagai ladang/pengeksport untuk membolehkan ladang tersebut memohon Permit Ikan Hidup dan Sijil kesihatan apabila menjalankan aktiviti pengeksportan kelak.
- Bagi pemohon Permit Import CITES, pengimport perlu berdaftar dengan Bahagian Biosekuriti Perikanan sebagai pengimport dan juga berdaftar sebagai pengeksport sekiranya menjalankan aktiviti re-eksport.
Prosedur Permohonan Permit Eksport
- Bagi permohonan permit eksport pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Permit FQ1- Pindaan 2011 (klik di sini)
- Borang Perakuan No PIT – FC 02/11pin 2012 bagi ikan yang telah ditanda (klik di sini) atau FC02/11Apin 2012 (klik di sini) bagi ikan tidak ditanda yang telah disahkan oleh kakitangan dari Pejabat Perikanan Daerah/Negeri yang menjalankan pemeriksaan serta satu salinan ‘softcopy’.
- Satu salinan inbois
Prosedur Permohonan Permit Import
- Bagi permohonan permit Import pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Permit FQ1- Pindaan 2011 (klik di sini)
- Satu salinan permit eksport CITES yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Pengurusan Negara pengeksport.
- Satu salinan inbois
Prosedur Permohonan Permit Re-eksport
- Bagi permohonan permit re-eksport pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Permit FQ1- Pindaan 2011 (klik di sini)
- Satu salinan permit import CITES yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia semasa permohonan import masuk.
- Borang pengesahan re-eksport FC 05/11 (klik di sini) bagi permohonan re-eksport ikan arowana atau Borang pengesahan re-eksport FC 06/11 (klik di sini) bagi permohonan re-eksport batu karang dll.
- Satu salinan inbois
Cara Permohonan
Semua maklumat tersebut dihantar melalui email ke alamat berikut cites@dof.gov.my. Setelah semua borang lengkap pemohon akan menerima notis pemberitahuan bahawa permohonan yang diterima telah lengkap, begitu juga jika sebaliknya. Sekiranya semua maklumat lengkap permit akan siap diproses dalam masa dua (2) hari bekerja.
Borang Permohonan
| Location | Tenants | Purpose | Office / PTJ |
|---|---|---|---|
| Inkubator 1, PPUG Kg Acheh | Dalam proses kemasukan inkubatee | Pembenihan Udang Galah | PPUG KG Acheh, Perak |
| Inkubator Ternakan Ikan Marin | UB Usaha Bersama Enterprise | Asuhan benih | Pejabat Perikanan Negeri Terengganu |
| Pusat Pengumpulan dan Perdagangan Ikan Hiasan | Permai Kencana Sdn Bhd | Ikan Hiasan | Pejabat Perikanan Negeri Johor |
| Inkubator Hatceri Ikan Marin Bukit Malut | Blue Larvae Sdn Bhd | Pembenihan Ikan Marin | Pejabat Perikanan Negeri Kedah |
| Inkubator Hatceri Ikan Hiasan Port Dickson | Green Land Aquarium & Landscape | Ikan Hiasan Marin | Pejabata Perikanan Negeri Sembilan |
| Inkubator 2 Pembenihan Udang Galah, PPUG | Empire Akua Enterprise | Pembenihan Udang Galah | PPUG Kg Acheh Perak |
| Inkubator Hatceri Ikan Hiasan Port Dickson Ruang 2 | Santuary Horse PLT | Ikan Hiasan Marin | Pejabat Perikanan Negeri Sembilan |
| Inkubator PPA Bukit Tinggi | MZ Agriculture | Pembenihan Ikan Air Tawar | Pejabat Perikanan Negeri Pahang |
| Inkubator Kuala Linggi | Rai Global Services Sdn Bhd | Pembenihan Udang Galah | Pejabat Perikanan Negeri Melaka |
| Hatceri Ikan Marin Nasional | Ambang Wibawa Biotech Sdn Bhd | Hatceri Ikan Marin | Pejabat Perikanan Negeri Pahang |
| Pusat Asuhan Ikan Marin, Perupok Bachok | Dalam proses kemasukan inkubatee | Hatceri Ikan Marin | Pejabat Perikanan Negeri Kelantan |
| Inkubator Kolam Udang Fasa III, FRI Gelang Patah | Dalam proses kemasukan inkubatee | Kolam Ternakan Udang | Pejabat Perikanan Negeri Johor |
| Inkubator Kolam Ternakan Udang Air Payau, Pusa, Sarawak | Dalam proses kemasukan inkubatee | Kolam Ternakan Udang | Jabatan Perikanan Laut Sarawak |
| Inkubator Kolam di Kabong, Sarawak | Dalam proses kemasukan inkubatee | Kolam Ternakan Udang | Jabatan Perikanan Laut Sarawak |
| Hatceri Ban Merbok, Kedah | Kosong | Hatceri Udang Galah | Pejabat Perikanan Negeri Kedah |