Pengenalan Jabatan
- Jabatan Perikanan Negeri Terengganu bertanggungjawab mengurus dan memelihara sumber perikanan secara mampan bagi memastikan kelestarian ekosistem marin serta kesejahteraan komuniti nelayan.
- Jabatan ini berperanan memajukan sektor perikanan dan akuakultur di negeri Terengganu melalui program pembangunan, penyelidikan dan penguatkuasaan yang menyokong pertumbuhan ekonomi serta menjamin keselamatan makanan negara.
Perutusan Pengarah
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada semua pengunjung lawan web Pejabat Perikanan Negeri Terengganu. Syukur Alhamdulillah dengan limpah kurnia dari-Nya, Pejabat Perikanan Negeri Terengganu telah berjaya menyediakan satu laman web rasmi yang amat berguna dan dapat memberi maklumat kepada pengguna kerana ia merupakan media penghubung kepada orang ramai mengenai fungsi dan peranan Jabatan ini.
Bagi merealisasikan peranan jabatan kepada golongan sasar, laman web ini boleh dijadikan sebagai perantara antara Jabatan dan golongan sasar. Laman web ini akan sentiasa dikemaskini dan segala makluman dari segi bantuan, program atau dasar baru akan dimuatkan dalam laman web ini. Di samping itu, dengan pelaksanaan perkongsian maklumat ini melalui sistem penyampaian perkhidmatan yang berkesan dan terkini akan memudahkan penyaluran maklumat kepada setiap warga kakitangan Jabatan, Kerajaan Negeri, orang awam dan “stakeholder“. Justeru itu, penyediaan laman web ini diharapkan dapat membantu Jabatan memberi perkhidmatan yang lebih baik dan cepat kepada semua warga Perikanan dan orang awam.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang bertungkus-lumus dalam membangunkan laman web ini dan diharapkan ianya akan sentiasa memberikan kunjungan yang bermanfaat kepada semua pengunjungnya.
Akhir kata dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi mengunjungi dan memanfaatkan laman web ini.
Sekian, terima kasih.
PENGARAH
PEJABAT PERIKANAN NEGERI TERENGGANU
Senarai Pejabat Perikanan Daerah
| Pejabat | Telefon | Faks | Emel |
|---|---|---|---|
| Pejabat Perikanan Daerah Hulu Terengganu Kompleks Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Berang, 21700 Kuala Berang, Terengganu | 09-681 1026 | 09-681 1160 | ppn_trg@dof.gov.my |
| Pejabat Perikanan Daerah Marang Lot 5024, Bukit Batu Merah, 21600 Marang, Terengganu | 09-618 9131 | 09-618 1119 | ppn_trg@dof.gov.my |
| Pejabat Perikanan Daerah Dungun Jalan Yahya Ahmad, 23000 Dungun, Terengganu | 09-868 1286 | 09-868 4093 | ppn_trg@dof.gov.my |
| Pejabat Perikanan Daerah Besut Jalan Jeti, Kuala Besut, 22300 Besut, Terengganu | 09-697 4248 | 09-690 3604 | ppn_trg@dof.gov.my |
| Pejabat Perikanan Daerah Setiu Bandar Permaisuri, 22100 Setiu, Terengganu | 09-609 7511 | 09-609 7511 | ppn_trg@dof.gov.my |
| Pejabat Perikanan Daerah Kuala Terengganu Jalan Hiliran, Pulau Kambing, 20300 Kuala Terengganu, Terengganu | 09-623 6285 | 09-623 0741 | ppn_trg@dof.gov.my |
| Pejabat Perikanan Daerah Kemaman Kampung Geliga, Chukai, 24000 Kemaman, Terengganu | 09-868 7181 | 09-868 6884 | ppn_trg@dof.gov.my |
| Pejabat Perikanan Daerah Kuala Nerus Seberang Takir, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu | 09-662 1483 | 09-662 1574 | ppn_trg@dof.gov.my |
Ruangan Sosial
Contact Us
Pejabat Perikanan Negeri Terengganu
- Pejabat Perikanan Negeri Terengganu Wisma Perikanan Negeri, Taman Perikanan Chendering, 21080 Chendering, Kuala Terengganu, Terengganu
- 09-616 3442
- 09-617 3351
- ppn_trg@dof.gov.my
