Official Portal

Department Of Fisheries Malaysia

Ministry Of Agriculture and Food Security

Selamat Datang ke Laman

Pejabat Perikanan Negeri Melaka

Pengenalan Jabatan

Perutusan Pengarah

SALAM SEJAHTERA

Selamat datang dan terima kasih kerana mengunjungi Laman Web Pejabat Perikanan Negeri Melaka.

Pada keseluruhannya, Pejabat Perikanan Negeri Melaka telah mencapai pelbagai kejayaan yang boleh dibanggakan dengan menganjurkan pelbagai program dan projek yang melibatkan kumpulan sasar dan orang awam di sekitar Melaka mahupun di luar kawasan Melaka.

Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga kerja Pejabat Perikanan Negeri Melaka yang berjaya mempertingkatkan usaha dalam memajukan lagi sektor perikanan terutamanya di Negeri Melaka.

Jabatan Perikanan sebagai Peneraju Transformasi sentiasa berusaha untuk mencapai pembangunan dan permodenan dalam sektor perikanan. Misi Jabatan Perikanan adalah untuk mengurus dan membangunkan sektor perikanan negara secara mampan, dinamik dan berdaya saing berasaskan maklumat saintifik dan perkhidmatan berkualiti. Dalam melaksanakan misi tersebut, Jabatan memberi tumpuan kepada usaha yang dapat meningkatkan kualiti, kecekapan, dan keberkesanan penyampaian perkhidmatannya selain usaha yang dapat meningkatkan visibiliti Jabatan dengan memperkasakan program/projek baru dan sedia ada melalui perkongsian pintar di antara Jabatan dan pihak yang berkepentingan di dalam pengurusan sumber perikanan dan akuakultur bagi memastikan jaminan bekalan makanan dan kedaulatan makanan dapat dipertahankan bagi rakyat Melaka dan Negara.

Seterusnya, besarlah harapan saya jika usaha yang dilakukan ini dapat diteruskan untuk tahun-tahun yang berikutnya dengan meningkatkan lagi penambahbaikan. Akhir sekali, saya berharap agar Pejabat Perikanan Negeri Melaka akan terus maju dalam meningkatkan produktiviti dan perkhidmatan seiring dengan perubahan inovasi dan teknologi yang terkini.

Sekian, terima kasih.

PENGARAH
PEJABAT PERIKANAN NEGERI MELAKA

Senarai Pejabat Perikanan Daerah

PejabatTelefonFaksEmel
Pejabat Perikanan Daerah Melaka Tengah
Lot 349, Batu Berendam,
75350 Melaka Tengah,
Melaka
06-334 147706-334 1477ppnml@dof.gov.my
Pejabat Perikanan Daerah Jasin
Batu Berendam,
75350 Melaka Tengah,
Melaka
06-317 248506-317 5705ppnml@dof.gov.my
Pejabat Perikanan Daerah Alor Gajah
Jalan Pangkalan, Kampung Jelatang,
78000 Alor Gajah,
Melaka
06-556 525506-556 5255ppnml@dof.gov.my

Ruangan Sosial

Contact Us

Pejabat Perikanan Negeri Melaka
FishComm Hotline