Official Portal

Department Of Fisheries Malaysia

Ministry Of Agriculture and Food Security

FishCom

FAQ

Maklum Balas

Contact Us

Sitemap

Selamat Datang ke Laman

Pejabat Perikanan WP Labuan

Pengenalan Jabatan

Perutusan Pengarah

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera,
Salam Wilayah Labuanku Ceria,

Jabatan Perikanan Wilayah Persekutuan Labuan adalah salah satu jabatan pemacu kepada pembangunan sub sektor perikanan negara dan pemegang visi bagi mencapai Dasar Jaminan Bekalan Makanan Negara 2020-2025 dan Dasar Agro Makanan Negara (NAFP) 2.0.  Dengan visi bagi mewujudkan pengurusan sumber perikanan negara yang mampan dan lestari, melalui pengurusan perikanan tangkapan dan pengurusan Taman Laut, pembangunan akuakultur, jaminan Biosekuriti Perikanan serta pembangunan hiliran yang menghasilkan produk-produk perikanan yang berkualiti, berdaya saing dan luas pasaran, adalah perkhidmatan teras Pejabat Perikanan Wilayah Persekutuan Labuan akan dapat disasarkan bagi menyumbang kepada kemajuan sektor perikanan di Wilayah Persekutuan Labuan dan seterusnya menyumbang kepada visi pembangunan perikanan negara.

Saya berharap, melalui Portal Jabatan Perikanan Wilayah Persekutuan Labuan ini, maklumat-maklumat dalam bentuk digital seperti status semasa aktiviti perikanan, pengumuman khusus berkait dasar-dasar  Jabatan, maklumat dan pengumuman Pelesenan Perikanan, Akuakultur, Pengurusan Taman Laut WP Labuan, Biosekuriti, Pengembangan dan Pemindahan Teknologi dapat di perolehi oleh pihak umum, sebagai maklumat, makluman dan rujukan yang berterusan.

Portal ini juga menyediakan ruang bagi aduan, maklumbalas serta pertanyaan bagi pihak awam sebagai medium komunikasi dua hala.  Pihak Jabatan amat menghargai sebarang maklumbalas daripada semua pihak demi menguruskan sektor perikanan di Wilayah Persekutuan Labuan dengan lebih cekap dan bermutu.

Selamat melayari Portal Rasmi Jabatan Perikanan Wilayah Persekutuan Labuan.

Sekian, Salam Hormat.

PENGARAH
PEJABAT PERIKANAN WP LABUAN

Senarai Pejabat Perikanan Daerah

Ruangan Sosial

Contact Us

Pejabat Perikanan WP Labuan