Pengenalan Jabatan
- Jabatan Perikanan Negeri Kelantan bertanggungjawab mengurus dan memulihara sumber perikanan secara mampan bagi memastikan kelestarian ekosistem akuatik serta kesejahteraan komuniti nelayan.
- Jabatan ini berperanan memajukan sektor perikanan dan akuakultur di negeri Kelantan melalui program pembangunan, penyelidikan dan penguatkuasaan yang menyokong pertumbuhan ekonomi serta keselamatan makanan negara.
Perutusan Pengarah
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Selamat Datang dan terima kasih kerana mengunjungi Laman Web Pejabat Perikanan Negeri Kelantan.
Jabatan Perikanan merupakan peneraju dalam Pembangunan dan Pemodenan Industri Perikanan Negara. Misi Jabatan Perikanan adalah mengurus dan membangunkan sektor perikanan negara secara mampan,dinamik dan berdaya saing berasaskan maklumat saintifik dan perkhidmatan yang berkualiti. Sehubungan dengan itu, Jabatan telah memberi tumpuan khusus kepada peningkatan kualiti,kecekapan, keberkesanan sistem penyampaian dan perkongsian pintar dengan pihak-pihak yang berkepentingan.
Perkembangan sistem maklumat dan komunikasi terkini telah membuka saluran kepada kumpulan sasar dalam menyalur dan menyampai informasi. Laman web ini telah direkabentuk sebagai media penghubung untuk menghebah perkhidmatan, maklumat dan program yang dijalankan di negeri Kelantan. Lawan web ini juga boleh dijadikan sumber rujukan utama dalam menjayakan hasrat kerajaan mewujudkan masyarakat berpengetahuan dan bermaklumat.
Saya amat mengharapkan agar laman web ini dapat memberi manfaat kepada kumpulan sasar dan akan sentiasa diselenggara dan dikemaskini dari masa kesemasa. Saya juga mengalu-alukan sebarang maklumbalas, cadangan dan pandangan dari semua melalui saluran yang disediakan.
Sekian, terima kasih.
PENGARAH
PEJABAT PERIKANAN NEGERI KELANTAN
Senarai Pejabat Perikanan Daerah
| Pejabat | Telefon | Faks | Emel |
|---|---|---|---|
| Pejabat Perikanan Daerah Pasir Puteh D/A Wisma PNKS, Tingkat Bawah, Lot 2815, Taman Impian Tok Bali, 16700 Pak Mayong, Pasir Puteh, Kelantan | 09-778 0179 | 09-778 0184 | dof_kelantan@dof.gov.my |
| Pejabat Perikanan Daerah Kota Bharu 440, Jalan Kuang Off Jalan Kuala Krai, 15150 Kota Bharu, Kelantan | 09-747 3020 | 09-743 1744 | dof_kelantan@dof.gov.my |
| Pejabat Perikanan Daerah Kuala Krai 18000 Kuala Krai, Kelantan | 09-996 6544 | 09-966 6544 | dof_kelantan@dof.gov.my |
| Pejabat Perikanan Daerah Bachok Kompleks Perikanan Tawang, 16300 Bachok, Kelantan | 09-776 9510 | 09-776 9509 | dof_kelantan@dof.gov.my |
| Pejabat Perikanan Daerah Tumpat Jalan Hilir Pasar, Pekan Tumpat, 16200 Tumpat, Kelantan | 09-725 7995 | 09-725 7542 | dof_kelantan@dof.gov.my |
| Pejabat Perikanan Daerah Pasir Mas Lot 822, Jalan Lemal, 17000 Pasir Mas, Kelantan | 09-970 7551 | 09-970 7551 | dof_kelantan@dof.gov.my |
| Pejabat Perikanan Daerah Machang Batu 23, Jalan Kuala Krai, 18500 Machang, Kelantan | 09-975 1644 | 09-975 1541 | dof_kelantan@dof.gov.my |
| Pejabat Perikanan Daerah Jeli 17600 Jeli, Kelantan | 09-944 0144 | 09-944 0144 | dof_kelantan@dof.gov.my |
| Pejabat Perikanan Daerah Gua Musang Tingkat 3, Wisma Persekutuan Gua Musang, 18300 Gua Musang, Kelantan | 09-912 1862 | 09-912 1862 | dof_kelantan@dof.gov.my |
| Pejabat Perikanan Daerah Tanah Merah Jalan Tasek, 17500 Tanah Merah, Kelantan | 09-955 6844 | 09-955 6844 | dof_kelantan@dof.gov.my |
Ruangan Sosial
Contact Us
Pejabat Perikanan Negeri Kelantan
- Tingkat 6, Wisma Persekutuan, 15628 Kota Bharu, Kelantan
- 09-741 4770 / 4771
- 09-748 3433
- ppnkelantan@dof.gov.my
