Official Portal

Department Of Fisheries Malaysia

Ministry Of Agriculture and Food Security

Sosogoh Kampung Sosogoh Community Tagal Project Smart Program

The Deputy Minister of Agriculture and Food Security, YB Datuk Arthur Joseph Kurup has inaugurated the Pilot Program for the Strengthening of National Innovation for People’s Agro-Food Security (PINTAR) at the Tagal Project of Kampung Sosogoh Community, Pagalungan Nabawan, Sabah. This tagal system is a conservation program for fisheries resources through the involvement of communities that are able to preserve and protect the river ecosystem and even become a source of food for the local population and will also become an ecotourism attraction. The Ministry of Agriculture and Food Security (KPKM) through the Malaysian Fisheries Department has contributed RM40,000 worth of aid in the form of tourism infrastructure such as the construction of public toilets, equipment and native fish seeds while the Sabah Fisheries Department has also contributed RM20,000 worth of aid to the 12 Retirement Committees There was also the release of 2,850 4-inch river lamprey fish seeds donated by the Department of Fisheries Malaysia, with the aim of conserving fish species in increasing the population and conserving biodiversity. Also present were Datuk Badrul Hisham Mohd, KPKM Deputy Secretary General (Development), Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Director General of the Malaysian Fisheries Department, Mr Azhar Kassim, Sabah State Fisheries Director and Sabah and Putrajaya State fisheries officials.

Program Rintis Pintar Projek Tagal Komuniti Kampung Sosogoh

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Datuk Arthur Joseph Kurup telah merasmikan Program Rintis Pengukuhan Inovasi Nasional Keterjaminan Agromakanan Rakyat (PINTAR) di Projek Tagal Komuniti Kampung Sosogoh, Pagalungan Nabawan, Sabah. Sistem tagal ini merupakan program konservasi sumber perikanan melalui penglibatan komuniti yang mampu memelihara dan menjaga ekosistem sungai malah menjadi sumber makanan penduduk setempat dan juga bakal menjadi tarikan ekopelancongan. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Jabatan Perikanan Malaysia telah menyumbang keperluan bantuan bernilai RM40,000 dalam bentuk infrastruktur pelancongan seperti pembinaan tandas awam, peralatan dan benih ikan asli manakala Jabatan Perikanan Sabah turut menyumbang bantuan bernilai RM20,000 kepada 12 Jawatankuasa Tagal Pensiangan. Turut diadakan pelepasan benih ikan lampam sungai sebanyak 2,850 ekor bersaiz 4 inci sumbangan Jabatan Perikanan Malaysia bertujuan memulihara spesies ikan dalam meningkatkan populasi dan memulihara kepelbagaian biodiversiti. Hadir sama, Datuk Badrul Hisham Mohd, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KPKM, Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, Encik Azhar Kassim, Pengarah Perikanan Negeri Sabah serta pegawai-pegawai perikanan Negeri Sabah dan Putrajaya.

FishComm Hotline