Official Portal

Department Of Fisheries Malaysia

Ministry Of Agriculture and Food Security

Director General of Fisheries Malaysia’s Working Visit to Catfish Livestock & Hatchery Project in Land Ponds

Ybhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Director General of Fisheries Malaysia paid a working visit to the earthen pond catfish farming and hatchery project located in the Kuala Nerus district, Terengganu. The project, owned by Mr. Haji Tuan Ismail, has been operating since 2016 and has 1.59 acres of project site area with a yield production rate of 1.1 tonnes per month. In addition, this project has also received assistance from the Department of Fisheries. Also present were Mr. Ruzaidi bin Mamat, Terengganu State Fisheries Director as well as state fisheries officers and the head office.

Lawatan Kerja Ketua Pengarah Perikanan Malaysia ke Projek Ternakan & Pembenihan Ikan Keli dalam Kolam Tanah

YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke projek ternakan dan pembenihan Ikan Keli kolam tanah yang terletak di daerah Kuala Nerus, Terengganu. Projek yang dimiliki oleh Encik Haji Tuan Ismail ini telah beroperasi sejak 2016 yang mempunyai 1.59 ekar keluasan tapak projek dengan kadar pengeluaran hasil sebanyak 1.1 tan sebulan. Selain itu juga, projek ini juga telah mendapat bantuan dari Jabatan Perikanan. Turut hadir sama, Encik Ruzaidi bin Mamat, Pengarah Perikanan Negeri Terengganu serta pegawai-pegawai perikanan negeri dan ibu pejabat.

Public Lecture on Student Wisdom of HEPA UMT

Ybhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Director General of Fisheries Malaysia and Member of the Board of Directors of Universiti Malaysia Terengganu (UMT) attended the HEPA UMT Student Literacy Public Lecture Programme as a guest lecturer at the Auditorium of the Sultanah Nur Zahirah Library, UMT. He delivered a lecture entitled Fisheries Sector and Food Security which is a key perspective to improve the country’s food security and he hoped that students who take the field of fisheries science can study more diligently and gain more knowledge in preparation for the changing world that is increasingly advanced today. Also present was YBhg. Professor Dr. Mohd Izani bin Mohd Zain, UMT Deputy Vice-Chancellor (Student Affairs and Alumni), YBrs. Associate Professor Dr. Yusof Shuaib bin Ibrahim, Director of UMT Alumni Centre, lecturers, UMT Student Representative Council, UMT students and officers of the Department of Fisheries Malaysia.

Syarahan Awam Kebitaraan Mahasiswa HEPA UMT

YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia merangkap Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menghadiri Program Syarahan Awam Kebitaraan Mahasiswa HEPA UMT sebagai pensyarah jemputan yang bertempat di Auditorium Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, UMT. Beliau menyampaikan syarahan bertajuk Sektor Perikanan dan Keterjaminan Makanan yang merupakan satu perspektif utama bagi meningkatkan sekuriti makanan negara serta beliau berharap agar mahasiswa dan mahasiswi yang mengambil bidang sains perikanan dapat belajar dengan lebih bersungguh-sungguh dan mendapatkan lebih banyak ilmu pengetahuan dalam persediaan menghadapi perubahan dunia yang semakin maju pada masa kini. Turut hadir sama YBhg. Profesor Dr. Mohd Izani bin Mohd Zain, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT, YBrs. Profesor Madya Dr. Yusof Shuaib bin Ibrahim, Pengarah Pusat Alumni UMT, pensyarah-pensyarah, Barisan Majlis Perwakilan Pelajar UMT, mahasiswa dan mahasiswi UMT serta pegawai-pegawai Jabatan Perikanan Malaysia.

FishComm Hotline