Official Portal

Department Of Fisheries Malaysia

Ministry Of Agriculture and Food Security

Status Perikanan dan Akuakultur Dunia (SOFIA)

Sesi ke-36 Jawatankuasa Perikanan yang bermula di FAO Rome hari ini (8 Julai 2024) dimulakan dengan perbincangan mengenai Status Perikanan dan Akuakultur Dunia (SOFIA) serta kemajuan dalam pelaksanaan Kod Tingkah Laku untuk Perikanan yang lestari serta instrumen berkaitan. Laporan SOFIA 2024 menyoroti jumlah pengeluaran perikanan dan akuakultur mencapai rekod tertinggi sebanyak 223.2 juta tan pada tahun 2022, terdiri daripada 185.4 juta tan haiwan akuatik dan 37.8 juta tan alga. Untuk pertama kalinya, akuakultur menyumbang pengeluaran haiwan akuatik yang besar (51 peratus) berbanding perikanan tangkapan. Malaysia menekankan keperluan agar SOFIA sentiasa menyelaraskan penemuannya dengan penunjuk SDG,untuk memastikan selaras dan relevan dalam usaha global ke arah perikanan dan akuakultur yang mampan. Sesi ke-36 COFI dijadualkan tamat pada 12 Julai 2024, Jumaat. Delegasi Malaysia diketuai oleh Encik Nazri Ishak, Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Jabatan Perikanan Malaysia dan Penasihat Pertanian Encik Abdul Rahman Abdul Wahab, Wakil Tetap Alternatif Malaysia ke Agensi-agensi Berasaskan PBB di Rome.

Status of World Fisheries and Aquaculture

The 36th Session of the Committee on Fisheries which began at FAO Rome today (8 July 2024) began with discussions on the Status of World Fisheries and Aquaculture (SOFIA) as well as progress in the implementation of the Code of Conduct for Sustainable Fisheries and related instruments. The SOFIA 2024 report highlights total fisheries and aquaculture production reaching a record high of 223.2 million tonnes in 2022, comprising 185.4 million tonnes of aquatic animals and 37.8 million tonnes of algae. For the first time, aquaculture accounts for a large proportion of aquatic animal production (51 percent) compared to capture fisheries. Malaysia emphasized the need for SOFIA to always align its findings with the SDG indicators, to ensure consistency and relevance in global efforts towards sustainable fisheries and aquaculture. The Malaysian delegation was led by Mr. Nazri Ishak, Director of Policy and Strategic Planning Division, Department of Fisheries Malaysia and Agriculture Adviser Mr. Abdul Rahman Abdul Wahab, Permanent Representative of Malaysia to UN-Based Agencies in Rome.

FishComm Hotline