RTM Filming Session About Tilapia Gift Fish

A video filming of Tilapia Gift was carried out by the Malaysian Television Show (RTM) with the Kedah Fisheries Department at the Jitra Aquaculture Development Centre today. This visualization was made to promote tilapia Gift fish and show the department’s efforts to strengthen the focus on breeding tilapia Gift. Tilapia Gift (Genetic Improvement of Farmed Tilapia) is a species of tilapia fish that has been developed through selective breeding and inbreeding. The Tilapia Gift fish seeds produced have a faster growth rate than Red Tilagia, are more resistant to disease and taste better and have a more solid content structure. Also present were Mr. Pang Anak Nyukang, Director of Fisheries Kedah, and Encik Mohd Yusri bin Ismail, Head of the Breed and Seed Branch of the Aquaculture Division of the Department of Fisheries Malaysia.
Penggambaran RTM Berkenaan Ikan Tilapia Gift

Satu penggambaran menerbitkan video ikan Tilapia Gift telah dijalankan oleh Rancangan Televisyen Malaysia (RTM) bersama Jabatan Perikanan Negeri Kedah di Pusat Pengembangan Akuakultur Jitra pada hari ini. Penggambaran ini dibuat bagi mempromosikan ikan tilapia Gift dan memaparkan usaha jabatan mengiatkan fokus penternakan tilapia Gift. Ikan Tilapia Gift (Genetic Improvement of Farmed Tilapia) adalah spesies ikan tilapia yang telah dibangunkan melalui kajian dan pembiakbakaan secara ‘selective breeding’. Benih ikan Tilapia Gift yang dihasilkan mempunyai Kadar tumbesaran yang lebih cepat berbanding Tilapia Merah, lebih tahan daripada serangan penyakit dan rasa yang lebih enak dan mempunyai struktrur isi yang lebih pejal. Turut hadir Encik Pang Anak Nyukang, Pengarah Perikanan Negeri kedah, dan Encik Mohd Yusri bin Ismail, Ketua Cawangan Baka Dan Benih Bahagian Akuakultur Jabatan Perikanan Malaysia.
Meeting of the Director General of Fisheries with Tldm Maritime Partners Maritime APMM Endau, Johor

TLDM Maritime Partner and APMM Endau Maritime Friend led by Mr. Bob Chia Liek Kuen paid a courtesy visit to YBhg. Dato’ Adnan bin Hussain, Director General of Fisheries Malaysia at the Headquarters of the Department of Fisheries Malaysia in Putrajaya today. This courtesy visit was held to discuss several matters related to the e-License system and the renewal of fishing vessel licenses, especially Zone C2 as well as the enforcement of laws and regulations under the Fisheries Act 1985 for the smooth fishing activities in supplying fresh fish which is the main source of protein to the people.
Perjumpaan Ketua Pengarah Perikanan Bersama Rakan Maritim Tldm & Sahabat Maritim Apmm Endau, Johor

Rakan Maritim TLDM dan Sahabat Maritim APMM Endau yang diketuai oleh Encik Bob Chia Liek Kuen telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Dato’ Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia di Ibu Pejabat Jabatan Perikanan Malaysia di Putrajaya hari ini. Kunjungan hormat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan beberapa perkara berkaitan sistem e-Lesen dan pembaharuan lesen vesel penangkapan ikan terutamanya Zon C2 serta penguatkuasaan undang-undang dan peraturan di bawah Akta Perikanan 1985 demi kelancaran aktiviti penangkapan ikan dalam membekalkan ikan segar yang merupakan sumber protein utama kepada rakyat.