Portal Rasmi

Jabatan Perikanan Malaysia

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Lawatan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan Ahli Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan Ke Pusat Ikan Hiasan Port Dickson

kunjungan YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bersama Ahli Majlis Bersama Jabatan (MBJ) ke Pusat Ikan Hiasan.

YBhg. Dato’ Haji Adnan Bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, berbesar hati menerima kunjungan YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bersama Ahli Majlis Bersama Jabatan (MBJ) ke Pusat Ikan Hiasan. Lawatan ini bersempena Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan yang dianjurkan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Hadir sama ke majlis, En. Kasim Bin Tawe, Pengarah Perikanan Negeri Sembilan, Cik Doreen Wee Siew Leen, Ketua Pusat Ikan Hiasan Port Dickson serta kakitangan jabatan.

Majlis Perundingan Industri Tuna dan Pembangunan Kapasiti Port State Measures (PSM)

SEKITAR MAJLIS PERUNDINGAN INDUSTRI TUNA DAN PEMBANGUNAN KAPASITI PORT STATE MEASURES (PSM)

Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) melalui Bahagian Sumber Perikanan Tangkapan telah menganjurkan Majlis Perundingan Industri (MPI) Tuna dan Pembangunan Kapasiti Port State Measures (PSM) di Port Dickson, Negeri Sembilan. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg Dato” Haji Azahari bin Othman, Pengarah Kanan Akuakultur. Program Majlis Perundingan Industri (MPI) Tuna 2024 diadakan bertujuan sebagai platform penerangan dan perkongsian pandangan berkaitan isu-isu berbangkit di peringkat domestik dan antarabangsa kepada pengusaha vesel tuna dan pengusaha produk tuna serta agensi-agensi terlibat berkaitan dasar dan prosedur pelesenan vesel Tuna, pengurusan sumber perikanan tuna dan usaha merancakkan industri perikanan tuna di Malaysia. Majlis Perundingan Industri (MPI) Tuna 2024 kali ini juga digabungkan dengan Program Pembangunan Kapasiti Port State Measures (PSM) yang berkait rapat dengan aktiviti vesel penangkapan ikan tuna di laut lepas. Port State Measures merupakan mekanisma kawalan kemasukan vesel penangkapan ikan asing ke negara pelabuhan (port state) bagi mengekang kemasukan vesel IUU untuk menggunakan pelabuhan. Lapan (8) kertas pembentangan telah disediakan iaitu lima (5) daripadanya adalah berkaitan Pembangunan Industri Tuna daripada Jabatan Perikanan Malaysia, Institut Penyelidikan Perikanan Kg. Acheh, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Jabatan Laut Malaysia dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) manakala tiga (3) daripadanya adalah berkaitan IUU dan Port State Measures oleh pegawai-pegawai Jabatan Perikanan Malaysia. MPI ini dihadiri oleh seramai 65 orang pengusaha-pengusaha dan agensi dari industri tuna seluruh Malaysia. Hadir sama ke majlis ini Tuan Haji Bakri bin Miswan, Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Sumber Perikanan Tangkapan, Puan Zarina binti Zainuddin, Pengarah Perikanan Negeri Pulau Pinang, YBhg Datuk Haji Sufian bin Sulaiman, Naib Pengerusi Persatuan Tuna Malaysia serta pengarah-pengarah negeri dan kakitangan jabatan.

Lawatan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ke Pusat Informasi Penyu Di Awana Kijal Golf Beach And Spa Resort

Lawatan KPP ke Pusat Informasi Penyu

YBHg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Informasi Penyu yang telah dibangunkan oleh Awana Kijal Golf & Spa Resort. Pihak Awana Kijal telah membangunkan pusat informasi penyu dan juga pusat hatcheri penyu dengan kerjasama Jabatan Perikanan Malaysia. Pihak Awana Kijal turut mendapatkan khidmat nasihat daripada Jabatan Perikanan Malaysia untuk mendapatkan input informasi penyu dan cara untuk menguruskan pusat hatcheri serta proses penetasan anak penyu seterusnya program pelepasan anak penyu ke laut. Spesies penyu yang temui di sini kebanyakannya ialah penyu agar dan penyu karah. Semasa musim bertelur, ibu penyu akan datang ke darat untuk menggali lubang di pasir dan bertelur. Sejumlah 80 hingga 120 biji telur sering bertelur di sekitar pantai sekitar Awana Kijal. Sehubungan itu, diharapkan kerjasama erat antara Jabatan ini dan Awana Kijal dapat diteruskan lagi di masa akan datang. Turut hadir sama Encik Ruzaidi bin Mamat, Pengarah Perikanan Negeri Terengganu, Encik Abd Halim bin Mat Noor, Ketua Daerah Perikanan Kemaman dan pegawai-pegawai dari Ibu Pejabat Perikanan dan Pejabat Perikanan Negeri.

Malam Apresiasi MAHA 2024

Sekitar Majlis Apresiasi MAHA 2024 bersama YBM

YB Datuk Seri Haji Mohamad Bin Sabu Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah menyempurnakan Majlis Malam Apresiasi MAHA 2024 bagi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung termasuk barisan sekretariat, urusetia, petugas keselamatan dan sukarelawan yang sentiasa bersiap sedia dalam apa jua keadaan dalam memastikan penganjuran MAHA 2024 tempoh hari berjalan dengan lancar. Hadir sama YBhg. Dato’ Hj Adnan bin Hussain Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dan kakitangan Jabatan Perikanan Malaysia.

Majlis Pentauliahan dan Penghargaan Jawatankuasa Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) bagi Sesi 2023/2024

Sekitar majlis pentauliahan AKRAB

YBhg, Dato’ Haji Adnan bin Hussain Ketua Pengarah Perikanan Malaysia telah menyempurnakan Majlis Pentauliahan dan Penghargaan Jawatankuasa Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) bagi sesi 2023/2024 di Park Inn by Radisson, Putrajaya pada hari ini. Majlis ini dilaksanakan adalah untuk menghargai sumbangan dan komitmen yang telah diberikan oleh ahli Jawatankuasa AKRAB Jabatan dalam menjayakan program psikologi kaunseling sepanjang tahun 2023 hingga 2024 dan peserta Program Pementoran Kepimpinan tahun 2024. Beliau turut menyampaikan sijil pentauliahan sebagai ahli AKRAB Jabatan Perikanan Malaysia yang telah selesai menjalani Kursus Pra AKRAB tahun 2023. Hadir sama dalam majlis ini, YBhg. Dato’ Haji Azahari bin Haji Othman Pengarah Kanan Bahagian Akuakultur, Puan Yeo Moi Eim Pengarah Kanan Bahagian Biosekuriti dan Pengarah – pengarah Bahagian dan kakitangan Jabatan Perikanan Malaysia.

Majlis Perasmian Hari Perikanan Sedunia 2024

Sesi gimik perasmian bersama Dato KPP dan Tetamu Kehormat

Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia di Anjung Floria, Putrajaya. Turut hadir YBhg. Tuan Haji Muhammad Faiz Fadzil, Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), YB Tuan Haji Razali bin Saat, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Industri Makanan Negeri Perlis, YM Dato Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, Ketua Pengarah Eksekutif / Presiden Agrobank, YBrs. Puan Norahiza binti Abdul Rahman, Setiausaha Kanan, Bahagian Pengurusan, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Tuan Haji Abdul Hamid bin Bahari, Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) serta pegawai-pegawai Jabatan Perikanan Malaysia.

Program Lawatan YBM KPKM ke Program Pendaratan Tuna di Pulau Pinang.

Program Lawatan YBM KPKM ke Program Pendaratan Tuna di Pulau Pinang.

YB Datuk Seri Haji Mohamad Bin Sabu, Menteri Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah hadir menyaksikan program pendaratan ikan tuna pada 18 Oktober 2024 di Dermaga Ayer Dalam, Butterworth, Pulau Pinang. Sebanyak 73 tan metrik ikan tuna dan tuna like species didaratkan daripada vesel penangkapan ikan tuna Zon C3, Ibu Wira 7, PPF 1053 yang menjalankan operasi penangkapan ikan tuna di Lautan Hindi.Hadir sama Program ini, YBrs Puan Yeo Moi Im, Pengarah Kanan Bahagian Biosekuriti dan Puan Zarina Zainuddin, Pengarah Perikanan Negeri Pulau Pinang.

Kunjungan Hormat Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan ke Jabatan Perikanan Malaysia

Kunjungan Hormat Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan ke Jabatan Perikanan Malaysia

YBhg. Datuk Seri Isham bin ishak Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Perikanan Malaysia (DOF). Beliau disambut baik oleh YBhg Dato’ Hj Adnan bin Hussain Ketua Pengarah Perikanan Malaysia. Tujuan kunjungan ini adalah untuk mendengar taklimat mengenai sektor perikanan dalam mencapai visi dan misi Kementerian, khususnya dalam usaha menjamin bekalan makanan negara. Hadir sama YBhg Dato’ Haji Azahari bin Haji Othman Pengarah Kanan Bahagian Akuakultur dan Puan Yeo Moi Eim Pengarah Kanan Bahagian Biosekuriti Perikanan serta pegawai-pegawai Jabatan Perikanan Malaysia (DOF).

Program Melabuh Tukun Tiruan (Konservasi) Bagi Projek Ecological Fiscal Transfer For Biodiversity Conservation (EFT) Kerajaan Negeri Kelantan Bagi Tahun 2024

Program Melabuh Tukun Tiruan (Konservasi) Bagi Projek Ecological Fiscal Transfer For Biodiversity Conservation (EFT) Kerajaan Negeri Kelantan Bagi Tahun 2024

Sebanyak 17 unit tukun tiruan kuboid juvenil penghalang pukat tunda dilabuhkan pada hari ini di perairan Kuala Kemasin, Bachok yang disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Tuan Mohd Saripudin bin Tuan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Agromakanan dan Komoditi Negeri Kelantan bersama YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, merupakan sebahagian daripada 70 unit tukun yang dibina dan dilabuhkan pada tahun 2024 yang bernilai RM2.2 juta melalui peruntukan yang diperolehi dari Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Kelantan dan Projek Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation (EFT). Program ini amat penting bagi memastikan serta meningkatkan sumber perikanan marin agar sentiasa mampan dan menjamin sekuriti makanan Negeri Kelantan. Turut hadir sama ke program ini ialah YB Dato’ Shaari bin Mat Hussain, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Agromakanan dan Komoditi Negeri Kelantan, YB Ustaz Harun bin Ismail, Ahli Dewangan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Tawang, YBrs. Dr. Erniyta bin Osman, Pengarah Perikanan Negeri Kelantan, YBrs. Encik Nazri bin Ishak, Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan dan Strategik serta pegawai-pegawai dan kakitangan dari Pejabat Perikanan Negeri Kelantan dan Ibu Pejabat

Sesi Menandatangani Perjanjian Perkhidmatan Penyelenggaraan Dan Pembaikan Bot/Kapal P40, P42, P43 Dan P302 Di Antara Jabatan Perikanan Dan Syarikat Universal Engineering Works

Sesi Menandatangani Perjanjian Perkhidmatan Penyelenggaraan Dan Pembaikan Bot/Kapal P40, P42, P43 Dan P302 Di Antara Jabatan Perikanan Dan Syarikat Universal Engineering Works

YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia telah hadir ke Ironwood Shipyard Sdn. Bhd. di Bintawa, Kuching, Sarawak bagi melihat sendiri kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan bot/kapal P40, P42, P43 dan P302 milik Jabatan Perikanan Malaysia dan seterusnya menandatangani perjanjian perkhidmatan tersebut bersama Syarikat Universal Engineering Works. Tujuan Penyelenggaraan Dan Pembaikan untuk meningkatkan keupayaan unsur melalui peningkatan kapasiti enjin utama daripada 810 kuasa kuda kepada 1000 kuasa kuda dan memastikan kesiapsiagaan unsur untuk menjaga perairan Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Turut hadir ke sesi ini ialah Encik Norazri bin Ismail, Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Kejuruteraan, Puan Liza binti Haji Long, Timbalan Pengarah Jabatan Perikanan Laut Sarawak dan pegawai-pegawai dari Ibu Pejabat serta Jabatan Perikanan Laut Sarawak dan wakil dari syarikat.

FishComm Hotline