Borang Usul MBJ
Utama » Borang Usul MBJ
Mesyuarat MBJ hendaklah ditumpukan kepada perkara-perkara yang melibatkan masalah bersama (common interest)
Contoh perkara-perkara yang boleh dan pernah dibincangkan dalam mesyuarat MBJ adalah seperti berikut:
Kewangan dan kemudahan
- kelewatan bayaran balik tuntutan perjalanan
- peruntukan latihan yang tidak mencukupi
- kelewatan pembekalan pakaian seragam
- urusan kelewatan meluluskan cuti.
Pentadbiran
- kemudahan/keselesaan ruang pejabat
- isu penggiliran waktu bekerja syif
- isu parkir kenderaan
- isu penyelenggaraan bangunan dan peralatan pejabat
- kerosakan mesin/sistem perakam waktu.
Sumber manusia
- penyusunan semula organisasi
- kekosongan jawatan
- isu penyediaan latihan kepada warga baharu
- pusingan kerja dalaman di kalangan warga jabatan
- kursus dan latihan dalam perkhidmatan
- disiplin dan tindakan tatatertib.
Kebajikan
- aktiviti sosial
- program sukan
- pewujudan tabung kebajikan di peringkat jabatan
- lantikan penyedia perkhidmatan taska di jabatan.
Inovasi dan produktiviti
- penambahbaikan proses kerja
- pengurangan pembaziran dalam pengurusan pejabat
- pembudayaan teknologi digital dalam urusan kerja.
Lain-lain
- cadangan pelaksanaan mesyuarat MBJ di luar kawasan pejabat
- pelancaran kempen peringkat jabatan seperti Kempen Gaya Hidup Sihat
- masalah lalu lintas.
Perkara Dasar Kerajaan
- Segala bentuk perbincangan yang bertujuan untuk mengubah sesuatu keputusan dan dasar Kerajaan yang telah ditetapkan dalam Perintah Am, Warta Kerajaan, pekeliling, surat pekeliling atau lain-lain bentuk keputusan dasar adalah tidak dibenarkan untuk dibincangkan dalam Mesyuarat MBJ;
- Walau bagaimanapun, Ketua Jabatan boleh memberi penjelasan mengenai perkara dasar untuk melicinkan pelaksanaannya di peringkat jabatan.
Hal Perseorangan
- Masalah perseorangan atau peribadi tidak perlu dibawa ke dalam mesyuarat MBJ dan hendaklah diselesaikan secara pentadbiran sahaja.
Contoh perkara-perkara yang tidak boleh dibincangkan dalam mesyuarat MBJ adalah seperti berikut:
- Perubahan pada dasar Kerajaan
- cadangan penambahan jenis penyakit berjangkit dalam kemudahan Cuti Kuarantin;
- cadangan penambahbaikan skim perkhidmatan;
- cadangan pewujudan elaun atau kemudahan baharu dalam Perkhidmatan Awam;
- cadangan meningkatkan bilangan jumlah pakaian seragam yang dibekalkan kepada pegawai yang layak; dan
- cadangan memendekkan tempoh berada di gred lantikan bagi urusan kenaikan pangkat secara time-based berasaskan kecemerlangan.
- Hal-hal perseorangan
- isu kelewatan bayaran lebih masa kepada seseorang;
- kerosakan komputer pejabat yang dihadapi oleh seseorang; dan
- isu kekurangan alat tulis pejabat yang dibekalkan kepada seseorang
Borang Usul MBJ boleh diisi secara atas talian (Google Form) atau secara manual (melalui muat turun dokumen PDF) di pautan berikut: