#Maha2024 Perasmian 100 Tahun Maha 2024

MAHA edisi 2024 akan memberi penekanan kepada elemen yang mengangkat MAHA ke peringkat antarabangsa dengan penglibatan daripada pelbagai negara, mencetus pembangunan daya tahan dalam sektor keterjaminan makanan, mengangkat minat golongan muda untuk turut serta dan menjadikan sektor ini sebagai sumber pendapatan utama. Tema MAHA “Menuai Harapan Membina Masa Hadapan”, mencerminkan aspirasi untuk menuai kejayaan di masa hadapan dengan usaha dan inovasi yang kita terokai pada hari ini. Tema ini menekankan kepentingan inovasi dalam memastikan keterjaminan makanan untuk negara. Majlis telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia di Dewan D, MAEPS, Serdang. Turut hadir, YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain Ketua Pengarah Perikanan, YBrs Tuan Haji Wan Muhammad Aznan bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan) serta pegawai-pegawai Jabatan Perikanan Malaysia.
MAHA2024 DOF Celebrates 100th Anniversary of Maha 2024

In conjunction with the 100th anniversary of the Agriculture, Horticulture and Agro-Tourism Exhibition (MAHA), the Department of Fisheries Malaysia (DOF) created a record recognized by The Malaysia Book Of Records (MBOR) with the production of the ‘100 YEAR MAHA 2024’ tuna sandwich formation witnessed by YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Minister of Agriculture and Food Security. YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Minister of Agriculture and Food Security, said the production of the ‘100 YEAR MAHA 2024’ tuna sandwich formation was first produced in Malaysia with the collaboration of the Faculty of Food Science and Technology, Universiti Putra Malaysia. “The selection of tuna fish is to promote to the public the benefits of tuna which is rich in protein, Omega-3 as well as Vitamins B and D. This formation uses a total of 8,000 sandwiches which produces a total size of 13 meters x 8 meters equivalent to 104 square meters. At the same event, he also completed the release of 100 native fish broodstock at Lake MAEPS. A total of eight species of broodstock were released consisting of terbul, lampam sungai, kerai, baung, kaloi, sebarau and tapah worth RM13,000. This release aims to strengthen inland fisheries resources to ensure food security. In addition, this program is also symbolic to celebrate the 100th anniversary of MAHA. Also present, YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali, Secretary General of the Ministry of Agriculture and Food Security, YBhg. Datuk Badrul Hisham bin Mohd, Deputy Secretary General (Development) of the Ministry of Agriculture and Food Security and YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Director General of Fisheries
#MAHA2024 DOF Raikan 100 Tahun Penganjuran Maha 2024

Bersempena penganjuran 100 tahun Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA), Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) mencipta rekod yang diiktiraf oleh The Malaysia Book Of Records (MBOR) dengan penghasilan formasi sandwic tuna ‘100 TAHUN MAHA 2024’ yang disaksikan oleh YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan. YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, berkata penghasilan formasi sandwich tuna ‘100 TAHUN MAHA 2024’ ini pertama kali dihasilkan di Malaysia dengan mendapat kerjasama Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia. “Pemilihan ikan tuna adalah bagi mempromosikan kepada orang awam mengenai khasiat ikan tuna yang kaya dengan protein, Omega-3 serta Vitamin B dan D. Formasi ini menggunakan sebanyak 8,000 sandwic yang menghasilkan saiz keseluruhan 13 meter x 8 meter bersamaan 104 meter persegi. Dalam majlis yang sama, beliau turut menyempurnakan program pelepasan 100 ekor induk ikan asli di Tasik MAEPS. Sebanyak lapan spesies induk ikan dilepaskan terdiri daripada terbul, lampam sungai, kerai, baung, kaloi, sebarau dan tapah bernilai RM13,000. Pelepasan ini bertujuan untuk memperkukuhkan sumber perikanan darat bagi menjamin sekuriti makanan. Selain itu, program ini juga sebagai simbolik untuk meraikan 100 Tahun penganjuran MAHA. Hadir sama, YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YBhg. Datuk Badrul Hisham bin Mohd, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan.