Kunjungan Hormat Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi Dan Pelaburan Sabah (Sedia) Kepada Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia

YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, berbesar hati menerima kunjungan hormat delegasi Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) yang diketuai oleh YBhg. Datuk Seri Panglima Haji Hashim bin Paijan selaku Ketua Eksekutif di Ibu Pejabat Jabatan Perikanan Malaysia, Putajaya. Sesi ini diadakan bagi membincangkan cadangan strategik pihak SEDIA dalam mewujudkan projek akuakultur kerang di Sabah. Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) menyambut baik hasrat SEDIA untuk membangunkan projek akuakultur kerang dalam meningkatkan pengeluaran makanan serta menyahut seruan Kerajaan ke arah keterjaminan makanan negara. Hadir sama dalam sesi kunjungan ini adalah Puan Yeo Moi Eim, Pengarah Kanan Bahagian Biosekuriti Perikanan, YBhg. Dato’ Azahari bin Haji Othman, Pengarah Kanan Bahagian Akuakultur serta pegawai-pegawai perikanan ibu pejabat.
Fitness Activity Session and Fisheries Agrofood Site Working Committee Meeting in conjunction with Maha 2024

The Department of Fisheries Malaysia (DOF) has held a Fitness Activity Session and Fisheries Agrofood Site Working Committee Meeting in conjunction with the Malaysian Agriculture, Horticulture and Agro-Tourism Exhibition (MAHA) 2024 which will take place from 11 to 22 September 2024 in Maeps, Serdang. Fitness activity sessions which are also gotong-royong activities for the staff of the Department of Fisheries Malaysia in making preparations such as cleaning the Fisheries Agrofood Farm area so that it is always clean and under control. The committee meeting chaired by YBhg Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Director General of the Department of Fisheries Malaysia to discuss the current status of the preparation of the Fisheries Agrofood Site and discuss current or arising issues so that all preparations are in order. Also present were Mrs. Yeo Moi Eim, Senior Director of Fisheries Biosecurity Division, YBhg Dato’ Azahari bin Haji Othman, Senior Director of Aquaculture Division and fisheries officers from the headquarters.
Sesi Aktiviti Kecergasan Dan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Laman Agrofood Perikanan Sempena Maha 2024

Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) telah mengadakan Sesi Aktiviti Kecergasan dan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Laman Agrofood Perikanan sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 yang akan berlangsung pada 11 higga 22 September 2024 di Maeps, Serdang. Sesi aktiviti kecergasan yang juga merupakan aktiviti gotong-royong kakitangan Jabatan Perikanan Malaysia dalam membuat persiapan seperti membersihkan kawasan Laman Agrofood Perikanan agar sentiasa bersih dan terkawal. Mesyuarat jawatankuasa yang dipengerusikan oleh YBhg Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia bagi membincangkan status semasa persediaan Laman Agrofood Perikanan dan perbincangan mengenai isu-isu semasa atau berbangkit agar segala persiapan dalam keadaan teratur. Hadir sama, Puan Yeo Moi Eim, Pengarah Kanan Bahagian Biosekuriti Perikanan, YBhg Dato’ Azahari bin Haji Othman, Pengarah Kanan Bahagian Akuakultur serta pegawai-pegawai perikanan ibu pejabat.
Courtesy call by Sabah Economic Development and Investment Authority (Sedia) to Director General of Department of Fisheries Malaysia

Ybhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Director General of Fisheries Malaysia, was honoured to receive a courtesy call from the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) delegation led by YBhg. Datuk Seri Panglima Haji Hashim bin Paijan as Chief Executive at the Department of Fisheries Malaysia Headquarters, Putajaya. This session was held to discuss the strategic proposal of SEDIA in establishing a shellfish aquaculture project in Sabah. The Department of Fisheries Malaysia (DOF) welcomes ZEID’s intention to develop a shellfish aquaculture project to increase food production as well as respond to the Government’s call towards the country’s food security. Also present during the visit was Puan Yeo Moi Eim, Senior Director of Fisheries Biosecurity Division, YBhg. Dato’ Azahari bin Haji Othman, Senior Director of the Aquaculture Division and fisheries officers of the headquarters.