Portal Rasmi

Jabatan Perikanan Malaysia

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Program Pelepasan Anak Penyu Merdeka

YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, telah menyempurnakan Program Pelepasan 670 ekor anak Penyu Agar di Pantai Pasir Panjang, Pulau Redang bersempena bulan kebangsaan yang ke 67. Beliau berkata, program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Jabatan Perikanan Malaysia dalam memelihara spesies penyu yang semakin terancam di Malaysia dan bukan sahaja bertujuan memulihkan populasi penyu di perairan negara, tetapi juga untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan pemeliharaan spesies terancam dan keperluan melindungi alam sekitar. Jabatan Perikanan juga berharap program ini dapat memupuk kesedaran dan tanggungjawab kolektif terhadap pelestarian alam sekitar di kalangan rakyat Malaysia dan merupakan salah satu inisiatif bagi memastikan bahawa generasi akan datang dapat mewarisi kekayaan biodiversiti negara. Turut hadir sama dalam program ini, YB Haji Hilmi bin Harun, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri Terengganu, Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, Encik Ruzaidi bin Mamat, Pengarah Perikanan Negeri Terengganu serta pegawai-pegawai perikanan negeri dan ibu pejabat.

Independent Turtle Hatchling Release Program

YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Deputy Minister of Agriculture and Food Security, has completed the Release Programme of 670 Agar Turtle Hatchlings at Pasir Panjang Beach, Redang Island in conjunction with the 67th national month. He said the programme is part of the Department of Fisheries Malaysia’s ongoing efforts in conserving the increasingly endangered species of turtles in Malaysia and is not only aimed at restoring the turtle population in the country’s waters, but also to raise public awareness on the importance of preserving endangered species and the need to protect the environment. The Department of Fisheries also hopes that this programme can foster awareness and collective responsibility for environmental conservation among Malaysians and is one of the initiatives to ensure that future generations can inherit the country’s rich biodiversity. Also present at the programme were YB Haji Hilmi bin Harun, Deputy Chairman of the Terengganu State Agriculture, Agro-based Industry, Food Security and Commodities Committee, Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Director General of the Department of Fisheries Malaysia, Mr. Ruzaidi bin Mamat, Director of Fisheries of Terengganu as well as state fisheries officers and headquarters.

FishComm Hotline