Portal Rasmi

Jabatan Perikanan Malaysia

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Working Visit of the Director General of Fisheries Malaysia to the Fisheries Research Institute (IPP) Rantau Abang.

Director General of Fisheries Malaysia, YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, paid a working visit to the Fisheries Research Institute (IPP) Rantau Abang to inspect the office facilities at the Endangered Marine Species Gallery as well as the Turtle and Marine Mammal Rescue Pond. The Rantau Abang IPP conducts various studies on marine biology, ecology, and conservation of endangered species, including the iconic leatherback turtle that is abundant in the area. Research conducted at this institute assists in formulating strategies for marine conservation, sustainable fishing practices, and habitat protection. The institute also collaborates with local and international organizations to promote marine biodiversity conservation and plays an important role in educating the public in raising awareness about the importance of marine life conservation through research, outreach programs, and community engagement. Also present, YBrs. En. Ruzaidi bin Mamat, Director of the Terengganu State Fisheries Office, YBrs. Mr. Sharum bin Yusof, Director of the Rantau Abang Fisheries Research Institute as well as state fisheries officers and headquarters.

Lawatan Kerja Ketua Pengarah Perikanan Malaysia ke Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) Rantau Abang.

Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, telah mengadakan lawatan kerja ke Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) Rantau Abang bagi meninjau fasiliti pejabat di Galeri Spesis Marin Terancam serta Kolam Menyelamat Penyu dan Mamalia Marin. IPP Rantau Abang ini menjalankan pelbagai kajian mengenai biologi marin, ekologi, dan pemuliharaan spesies terancam, termasuk penyu belimbing ikonik yang banyak terdapat di kawasan itu. Penyelidikan yang dijalankan di institut ini membantu dalam merangka strategi untuk pemuliharaan marin, amalan penangkapan ikan yang mampan, dan perlindungan habitat. Institut ini juga bekerjasama dengan organisasi tempatan dan antarabangsa untuk mempromosikan pemuliharaan biodiversiti marin dan memainkan peranan penting dalam mendidik orang ramai dalam meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemuliharaan hidupan marin melalui penyelidikan, program jangkauan dan penglibatan masyarakat. Turut Hadir, YBrs. En. Ruzaidi bin Mamat, Pengarah Pejabat Perikanan Negeri Terengganu, YBrs. Encik Sharum bin Yusof, Pengarah Institut Penyelidikan Perikanan Rantau Abang serta pegawai-pegawai perikanan negeri dan ibu pejabat.

Corporate Social Responsibility Programme *CSR) “Semarak Komuniti”- Protecting Nature, Safeguarding Heritage” with MyKomuniti Perikanan (MyKP) Merchang.

Ybhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Director General of the Department of Fisheries Malaysia, officiated the Malaysian Shellfish Association (MSS) Programme (CSR) with myKP Merchang, Marang, Terengganu. This program is of great importance in efforts to preserve the environment and local fishery resources. In addition, it can also emphasize the values of local heritage that need to be preserved so that it can be passed on to future generations. Among the activities that have been carried out throughout this program are gotong-royong around the myKPMerchang jetty and also the release of 100 baby turtles of the Chelonia mydas species, the planting of 40 mangrove trees as a symbol of the CSR programme, 2,000 Nipah Crab (Scylla paramamosain) and 2,000 Siakap (Lates calcarifer) fry in the waters of Merchang which aims to increase the population and conserve fishery biodiversity and thus strengthen fishery resources as a food source for the purpose of ensuring the country’s food security and helping to generate the socio-economy of the local community. Also present were YBhg. Professor Dato’ Dr. Mazlan bin Abd Ghaffar, Honorary Member of the Malaysian Shellfish Society (MSS), Principal Research Fellow of the Research Division –Animal and Environmental Adaptation (AEA), Institute of Marine Adaptation and Biotechnology (ICAMB), Universiti Malaysia Terengganu, YBrs. En. Ruzaidi bin Mamat, Head of CSR Programme of MyKP Merchang as Deputy President of MSS Director of Terengganu State Fisheries Office, YBrs. Prof. Dr. Muhammad Ikhwanuddin bin Abdullah, President of the Malaysian Shellfish Association Director of the Institute of Tropical Aquaculture and Fisheries (AKUATROP), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), YBrs. En. Zulkifly bin Isa, District Officer/Land Administrator Management Services, Marang District and Land Office, Terengganu, YBrs. Puan Zaidhuha binti Omar, Vice President, Office of the President and Group Chief Executive Officer of Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. as well as state fisheries officers and headquarters.

Program Tanggungjawab Sosial Korporat *CSR) “Semarak Komuniti”- Melindungi Alam, Menjaga Warisan” bersama MyKomuniti Perikanan (MyKP) Merchang.

YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, telah merasmikan Program (CSR) Persatuan Kerang-kerangan Malaysia (MSS) bersama myKP Merchang, Marang, Terengganu. Program ini mempunyai kepentingan yang besar dalam usaha memelihara alam sekitar dan sumber perikanan tempatan. Selain itu juga dapat menekankan nilai-nilai warisan tempatan yang perlu dipelihara agar dapat diwariskan kepada generasi akan datang. Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program ini adalah gotong-royong di sekitar jeti myKPMerchang dan juga pelepasan 100 ekor anak penyu agar spesis Chelonia mydas, penanaman 40 pokok bakau sebagai simbolik program CSR, 2,000 ekor benih Ketam Nipah (Scylla paramamosain) dan 2,000 ekor anak ikan Siakap (Lates calcarifer) di perairan Merchang ini yang bertujuan untuk meningkatkan populasi dan memulihara kepelbagaian biodiversiti perikanan seterusnya dapat mengukuhkan sumber perikanan sebagai sumber makanan bagi tujuan keterjaminan makanan negara dan membantu menjana sosio ekonomi masyarakat setempat. Turut hadir sama, YBhg. Professor Dato’ Dr. Mazlan bin Abd Ghaffar, Ahli Kehormat Persatuan Kerang-kerangan Malaysia (MSS), merangkap Felo Penyelidik Utama Bahagian Penyelidikan –Animal and Environmental Adaptation (AEA), Institut Adaptasi dan Bioteknologi Marin (ICAMB), Universiti Malaysia Terengganu, YBrs. En. Ruzaidi bin Mamat, Ketua Program CSR MyKP Merchang selaku Timbalan Presiden MSS Merangkap Pengarah Pejabat Perikanan Negeri Terengganu, YBrs. Prof. Dr. Muhammad Ikhwanuddin bin Abdullah, Presiden Persatuan Kerang-kerangan Malaysia merangkap Pengarah Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan (AKUATROP), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), YBrs. En. Zulkifly bin Isa, Pegawai Daerah/Pentadbir Tanah Khidmat Pengurusan, Pejabat Daerah Dan Tanah Marang, Terengganu, YBrs. Puan Zaidhuha binti Omar, Naib Presiden, Pejabat Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. serta pegawai-pegawai perikanan negeri dan ibu pejabat.

FishComm Hotline