Portal Rasmi

Jabatan Perikanan Malaysia

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Aquaculture Seminar 2024

The Department of Fisheries Malaysia (DOF) through the Aquaculture Division organized the Department of Fisheries Malaysia’s Aquaculture Seminar 2024 at the Bangi Avenue Convention Centre, Selangor. The seminar was officiated by YB. Datuk Arthur Joseph Kurup, Deputy Minister of Agriculture and Food Security. The seminar, which was held in a hybrid manner, specialised in the aspect of cultivating modern, sustainable and competitive technology. A total of 350 participants participated in this seminar consisting of industry players, aquaculture breeders and breeders’ associations throughout Malaysia. There was also the presentation of myGAP Certificates to operators who have complied with the certification requirements as well as the presentation of cheques for the Aquaculture Integration Development Programme (PPIA) cluster projects worth RM7.36 million to the state of Pahang and RM951,500.00 to the state of Penang as recipients for the commercial category who will receive allocations in 2024. An exhibition on aquaculture technology was also held to provide opportunities for participants to explore information and exhibitors to share their expertise. Also present at the programme were Tuan Haji Wan Muhammad Aznan bin Abdullah, Deputy Director General of Fisheries (Management), YBhg. Dato’ Haji Azahari Othman, Senior Director of the Aquaculture Division, Dr. Azhar Bin Hamzah, Senior Director of the Fisheries Research Institute, and Mrs. Yeo Moi Eim, Senior Director of the Biosecurity Division.

Seminar Akuakultur 2024

Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) melalui Bahagian Akuakultur menganjurkan Seminar Akuakultur 2024 Jabatan Perikanan Malaysia di Bangi Avenue Convention Centre, Selangor. Seminar ini telah dirasmikan oleh YB. Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Seminar yang diadakan secara hibrid ini memberi pengkhususan kepada aspek membudayakan teknologi moden, lestari dan berdaya saing. Seramai 350 orang peserta menyertai seminar ini terdiri daripada pemain industri, penternak akuakultur dan persatuan-persatuan penternak seluruh Malaysia. Turut diadakan penyampaian Sijil myGAP kepada pengusaha yang telah mematuhi keperluan pensijilan serta penyampaian cek cura Program Pembangunan Integrasi Akuakultur (PPIA) projek kluster bernilai RM7.36 juta kepada negeri Pahang dan RM951,500.00 kepada negeri Pulau Pinang sebagai penerima bagi kategori komersial yang menerima peruntukan pada tahun 2024. Pameran berkenaan teknologi akuakultur turut diadakan bagi memberi peluang kepada peserta dalam eksplorasi maklumat dan pempamer berkongsi kepakaran. Hadir sama ke program, Tuan Haji Wan Muhammad Aznan bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan), YBhg. Dato’ Haji Azahari Othman, Pengarah Kanan Bahagian Akuakultur, Dr. Azhar Bin Hamzah, Pengarah Kanan Institut Penyelidikan Perikanan, dan Puan Yeo Moi Eim, Pengarah Kanan Bahagian Biosekuriti.

Department of Fisheries Malaysia Appreciation Ceremony 2024

The Department of Fisheries Malaysia (DOF) held the Department of Fisheries Malaysia Appreciation Ceremony 2024 which took place at the Sama Sama Hotel, KLIA. The ceremony was held to celebrate the success of 190 recipients of the 2023 Excellent Service Award (APC) and 56 retirees and prospective retirees in 2024 who have devoted their dedication and contributions to the department throughout their tenure of service. The ceremony was officiated by YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Director General of Fisheries Malaysia. Also present at the ceremony were YBrs. Haji Wan Muhammad Aznan bin Abdullah, Deputy Director General of Fisheries (Management), YBrs. Dr. Azhar bin Hamzah, Senior Director of Fisheries Research Institute together with Division Directors and State Fisheries Directors. Congratulations to APC recipients and happy retirement to those who have retired and will retire this year.

Majlis Apresiasi Jabatan Perikanan Malaysia 2024

Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) telah mengadakan Majlis Apresiasi Jabatan Perikanan Malaysia 2024 yang berlangsung di Hotel Sama Sama, KLIA. Majlis ini diadakan bagi meraikan kejayaan 190 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2023 dan 56 pesara serta bakal pesara tahun 2024 yang telah mencurahkan bakti serta sumbangan kepada jabatan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka. Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia. Turut hadir sama dalam majlis ini YBrs. Haji Wan Muhammad Aznan bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan), YBrs. Dr. Azhar bin Hamzah, Pengarah Kanan Institut Penyelidikan Perikanan bersama Pengarah-pengarah bahagian dan Pengarah Perikanan Negeri. Sekalung tahniah kepada penerima APC dan selamat bersara kepada yang telah dan bakal bersara pada tahun ini.

FishComm Hotline