Portal Rasmi

Jabatan Perikanan Malaysia

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Lawatan Kerja Rasmi Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan ke Worldfish

YB Datuk Joseph Arthur Kurup, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke pejabat WorldFish bagi meninjau fasiliti dan pusat pembenihan ikan Tilapia Genetically Improved Farmed Tilapia (GIFT). Kehadiran beliau disambut oleh Dr. Essam Yassin Mohammed, Director General of WorldFish bersama pengurusan tertinggi. Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) bekerjasama dengan WorldFish dalam projek tilapia GIFT untuk meningkatkan pengeluaran akuakultur melalui penghasilan induk dan anak benih yang dihasilkan melalui kaedah penambahbaikan genetik. Kerjasama pintar ini memainkan peranan penting dalam memenuhi permintaan akuakultur yang semakin meningkat dan membantu dalam mengurangkan kos pengeluuaran perikanan. Dalam lawatan ini, pihak Worldfish telah menyumbangkan 20,000 ekor anak benih ikan tilapia GIFT bernilai RM200,000 kepada Pusat Pengembangan Akuakultur (PPA) Bukit Tinggi, Pahang. Turut hadir sama, YBrs. Dr Azhar bin Hamzah, Pengarah Kanan Institut Penyelidikan Perikanan, Puan Zarina binti Zainuddin, Pengarah Perikanan Negeri Pulau Pinang serta pegawai-pegawai perikanan dan Worldfish.

Deputy Minister of Agriculture and Food Security’s Official Working Visit to Worldfish

YB Datuk Joseph Arthur Kurup, Deputy Minister of Agriculture and Food Security paid an official working visit to the WorldFish office to inspect the facilities and hatchery of Tilapia Genetically Improved Farmed Tilapia (GIFT). His presence was welcomed by Dr. Essam Yassin Mohammed, Director General of WorldFish along with the top management. The Department of Fisheries Malaysia (DOF) is collaborating with WorldFish on the GIFT tilapia project to increase aquaculture production through the production of broodstock and fry produced through genetic improvement methods. This smart collaboration plays a crucial role in meeting the growing demand for aquaculture and helps in reducing the cost of fisheries reclamation. During this visit, Worldfish donated 20,000 GIFT tilapia fingerlings worth RM200,000 to the Bukit Tinggi Aquaculture Development Centre (PPA), Pahang. Also present were YBrs. Dr Azhar bin Hamzah, Senior Director of Fisheries Research Institute, Puan Zarina binti Zainuddin, Penang State Director of Fisheries as well as fisheries and Worldfish officers.

Hebei Xinhai Biotechnology CO LTD.’s Visit to Gk Aqua Sdn Bhd and Discussion Session on Potential Investment in the Aquaculture Sector in Malaysia

The Department of Fisheries Malaysia represented by Mr. Luther bin Moghup @ John, Head of Freshwater Aquaculture Branch, Aquaculture Division, Mr. Kasim Bin Tawe, Director of Fisheries Negeri Sembilan, Mrs. Munirah Binti Zainol Abidin, Legal Advisor of the Department of Fisheries Malaysia, Mr. Ahmad Faizal Bin Mohamed Omar, Head of Investment and Consultancy Branch, Policy and Strategic Planning Division attended the discussion on the potential investment in the local aquaculture industry. One of the key outcomes of this collaboration is the investment in Malaysia to develop a shrimp production facility that will leverage GK AQUA’s advanced management techniques and market access by Hebei Xinhai, which will improve the facility’s operational efficiency and productivity. The facilities that will be developed will also generate job opportunities for locals in high-tech shrimp farming. In addition, Hebei Xinhai is also willing to buy all the shrimp produced, ensuring a stable and profitable export market.

Lawatan Hebei Xinhai Biotechnology CO LTD. Ke Gk Aqua Sdn Bhd dan Sesi Perbincangan Mengenai Potensi Pelaburan Di Dalam Sektor Akuakultur Di Malaysia

Jabatan Perikanan Malaysia yang diwakili oleh En Luther bin Moghup @ John, Ketua Cawangan Akuakultur Air Tawar, Bahagian Akuakultur, En Kasim Bin Tawe, Pengarah Perikanan Negeri Sembilan, Puan Munirah Binti Zainol Abidin, Penasihat Undang-Undang Jabatan Perikanan Malaysia, En Ahmad Faizal Bin Mohamed Omar, Ketua Cawangan Pelaburan dan Perundingan, Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik hadir di perbincangan mengenai potensi pelaburan di dalam industri akuakultur tempatan. Salah satu hasil utama kerjasama ini adalah pelaburan di Malaysia untuk membangunkan fasiliti pengeluaran udang yang akan memanfaatkan teknik pengurusan canggih GK AQUA dan akses pasaran oleh Hebei Xinhai, di mana ini akan meningkatkan kecekapan operasi dan produktiviti fasiliti tersebut. Fasiliti yang bakal dibangunkan juga akan menjana peluang perkerjaan bagi rakyat tempatan di dalam penternakan udang berteknologi tinggi. Di samping itu Hebei Xinhai juga bersedia untuk membeli semua udang yang dihasilkan, memastikan pasaran ekspot yang stabil dan menguntungkan.

Discussion Session with the Malaysia Buddhist Association (MBA) on Proposed Cooperation for the Management of Foreign Fish Species

The Department of Fisheries Malaysia held a discussion with Mrs. Sally Chee, Deputy President, Malaysia Buddhist Asscociation (MBA) on the proposed collaboration to provide public awareness to the target groups regarding the management of foreign fish species. This meeting was held to discuss educational programs and awareness talks that can be implemented together. MBA representatives were also briefed on inland fisheries and fish species that are prohibited from being released into public waters. The discussion session was chaired by Tuan Haji Bakri bin Miswan, Deputy Director of Capture Fisheries Resources Division, Fisheries Biosecurity Division, State Fisheries Office and Inland Fisheries Branch. Sesi perbincangan ini dipengerusikan oleh Tuan Haji Bakri bin Miswan, Timbalan Pengarah Bahagian Sumber Perikanan Tangkapan, Bahagian Biosekuriti Perikanan, Pejabat Perikanan Negeri dan Cawangan Perikanan Darat.

Sesi Perbincangan bersama Malaysia Buddhist Association (MBA) berkenaan Cadangan Kerjasama bagi Pengurusan Spesies Ikan Asing

Jabatan Perikanan Malaysia telah mengadakan perbincangan bersama Puan Sally Chee, Timbalan Presiden, Malaysia Buddhist Asscociation (MBA) berkenaan cadangan kerjasama memberi kesedaran awam kepada kumpulan sasar berkenaan pengurusan spesies ikan asing. Pertemuan ini diadakan bagi membincangkan program-program pendidikan dan ceramah kesedaran yang dapat dilaksanakan bersama. Wakil MBA turut diberi penerangan berkenaan perikanan darat dan spesies-spesies ikan yang dilarang dilepaskan perairan umum. Sesi perbincangan ini dipengerusikan oleh Tuan Haji Bakri bin Miswan, Timbalan Pengarah Bahagian Sumber Perikanan Tangkapan, Bahagian Biosekuriti Perikanan, Pejabat Perikanan Negeri dan Cawangan Perikanan Darat.

International Institute of Fisheries Economics & Trade (IIFET) Conference 2024

Deputy Minister of Agriculture and Food Security, YB Datuk Arthur Joseph Kurup officiated the 21st International Institute of Fisheries Economics & Trade (IIFET) conference, organised by WorldFish and the Department of Fisheries Malaysia (DOF) at the St. Giles Wembley Hotel, Penang. This biennial conference, held in Asia for the first time since 2008, brings together global experts to discuss “Aquatic Food Systems in the Blue Economy.” The conference took place from 15 to 19 July 2024 and also focused on the fisheries, aquaculture and trade economic sectors including food security sustainability, increasing economic and social equality. The conference is an important platform for information sharing and forging collaborations in shaping the future of food security in the blue economy. DOF plays an important role in enhancing the aquaculture sector to meet the goals of the blue economy through the Support Service Delivery System (SPeKS) 2024 programme, which has benefited 307 aquaculture operators worth RM7.5 million aimed at increasing aquaculture production through the empowerment of orchard operators in ensuring the sustainability of the industry and contributing to the blue economy.

Persidangan Institut Ekonomi & Perdagangan Perikanan Antarabangsa (IIFET) 2024

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Datuk Arthur Joseph Kurup telah merasmikan persidangan Institut Ekonomi & Perdagangan Perikanan Antarabangsa (IIFET) ke-21, yang dianjurkan oleh WorldFish dan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) di Hotel St. Giles Wembley, Pulau Pinang. Persidangan dwitahunan ini, yang diadakan di Asia buat kali pertama sejak 2008, menghimpunkan pakar global untuk membincangkan “Sistem Makanan Akuatik dalam Ekonomi Biru.” Persidangan ini telah berlangsung dari 15 hingga 19 Julai 2024 juga memfokuskan pada sektor ekonomi perikanan, akuakultur dan perdagangan termasuk kemampanan sekuriti makanan, peningkatan kesaksamaan ekonomi dan sosial. Persidangan ini merupakan platform penting untuk perkongsian maklumat dan menjalin kerjasama dalam membentuk masa depan sekuriti makanan dalam ekonomi biru. DOF memainkan peranan penting mempertingkatkan sektor akuakultur bagi memenuhi matlamat ekonomi biru melalui program Sistem Penyampaian Khidmat Sokongan (SPeKS) 2024, yang telah memberikan manfaat kepada 307 pengusaha akuakultur bernilai RM7.5 juta bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran akuakultur melalui pemerkasaan pengusaha hatceri dalam memastikan kemampanan industri dan menyumbang ekonomi biru.

FishComm Hotline