Portal Rasmi

Jabatan Perikanan Malaysia

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Tukun Rekreasi LRT Pertama di Malaysia

Pahang telah berjaya mencatat rekod di dalam Malaysia Book of Records (MBOR) dengan melabuhkan dua gerabak tren Transit Aliran Ringan (Light Rail Transit) sebagai tukun tiruan (artificial reef) pertama ke dasar laut Pulau Tioman. Bersempena dengan peristiwa yang bersejarah ini, satu majlis pelancaran bagi program yang turut dikenali sebagai ‘Malaysia Book of Records: The First LRT Coach Reef in Malaysia’ telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah di Berjaya Tioman Resort. Turut berangkat Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. Pada majlis itu, Al-Sultan Abdullah bertitah inisiatif yang dicetuskan oleh Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) itu diharap dapat memberi impak positif kepada sektor pelancongan di pulau peranginan tersebut. Pulau Tioman merupakan pulau terbesar dalam sekumpulan sembilan buah pulau yang membentuk Taman Laut Pulau Tioman. la telah dipilih kerana kekayaan persekitaran marinnya dan bagi mengurangkan tekanan kepada terumbu karang di kawasan sekitarnya. Program ini dianjurkan oleh Yayasan Al-Sultan Abdullah dengan kerjasama Gaya Travel Media, serta disokong penuh oleh Lembaga Pembangunan Tioman, Malaysia Book of Records, Prasarana Malaysia Berhad, Jabatan Perikanan Malaysia, Tourism Pahang, Berjaya Hotels & Resorts, Salam Alliance Sdn. Bhd dan Aqualight Motion.

Malaysia’s First LRT Recreational Tukun

Pahang has succeeded in setting a record in the Malaysia Book of Records (MBOR) by anchoring two Light Rail Transit train carriages as the first artificial reef to the seabed of Tioman Island. In conjunction with this historic event, a launching ceremony for the programme also known as ‘Malaysia Book of Records: The First LRT Coach Reef in Malaysia’ was officiated by His Majesty the Sultan of Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah at Berjaya Tioman Resort. At the event, Al-Sultan Abdullah said the initiative initiated by Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) is expected to have a positive impact on the tourism sector on the resort island. Tioman Island is the largest of the nine islands that make up the Tioman Island Marine Park. LA was chosen because of the richness of its marine environment and to reduce the pressure on the coral reefs in the surrounding area. The programme is organised by Yayasan Al-Sultan Abdullah in collaboration with Gaya Travel Media, and fully supported by the Tioman Development Authority, Malaysia Book of Records, Prasarana Malaysia Berhad, Department of Fisheries Malaysia, Tourism Pahang, Berjaya Hotels & Resorts, Salam Alliance Sdn. Bhd and Aqualight Motion.

FishComm Hotline