Portal Rasmi

Jabatan Perikanan Malaysia

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Artificial Tukun Anchoring Programme in the Waters of Pulau Sembilan, Perak

His Royal Highness Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah D.K., D.K II (Johor)., D.K.A II., P.S.M., S.P.C.M., S.S.D.K, Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan has agreed to launch the Artificial Anchoring Programme in the Waters of the Sembilan Islands, Perak. 12 units of trawl barrier soft bottom reefs (TDL-AT) worth RM370,660.00 have been anchored for conservation purposes and to curb fishing activities using resource-unfriendly equipment in coastal waters. The Department of Fisheries (DOF) has channelled an allocation of RM1.26 million to the state of Perak for the development and monitoring of artificial reefs from the 11th MP to the 12th MP (2019 to 2024). During the period, a total of 47 reef units were anchored in four different locations in Perak waters. The development of artificial reefs in Malaysia is part of the government’s efforts through DOF to conserve marine biodiversity and ensure that the management of fishery resources is always sustainable and secure. The results of this reef berth can also benefit 18,217 fishermen in the state of Perak. Also present were YB Tuan Azman Noh, Pengkalan Baru State Assemblyman, Mr. Sukri Deris, Senior Deputy Director, Fisheries Conservation and Protection Division, Haji Mohd Ghazali A. Manap, Perak State Fisheries Director.

Program Melabuh Tukun Tiruan di Perairan Pulau Sembilan, Perak

Duli Yang Amat Mulia Raja Iskandar Dzurkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah D.K., D.K II (Johor)., D.K.A II., P.S.M., S.P.C.M., S.S.D.K, Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan telah berkenan berangkat melancarkan Program Melabuh Tukun Tiruan di Perairan Kepulauan Sembilan, Perak. 12 unit tukun dasar lembut penghalang pukat tunda (TDL-AT) bernilai RM370,660.00 telah dilabuhkan bagi tujuan konservasi serta mengekang aktiviti penangkapan ikan menggunakan peralatan tidak mesra sumber di kawasan perairan pantai. Jabatan Perikanan (DOF) telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM 1.26 juta kepada negeri Perak bagi pembangunan dan pemantauan tukun tiruan sepanjang RMKe-11 hingga RMKe-12 (2019 hingga 2024). Sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 47 unit tukun telah dilabuhkan di empat lokasi yang berbeza di perairan negeri Perak. Pembangunan tukun tiruan di Malaysia adalah sebahagian usaha kerajaan melalui DOF bagi memulihara biodiversiti marin serta memastikan pengurusan sumber perikanan sentiasa mampan dan terjamin. Hasil melabuh tukun ini juga dapat memberi manfaat kepada 18,217 orang nelayan di negeri Perak. Hadir sama YB Tuan Azman Noh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Baharu, Encik Sukri Deris, Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Konservasi dan Perlindungan Perikanan, Haji Mohd Ghazali A. Manap, Pengarah Perikanan Negeri Perak.

Melaka State Fisheries Sub-sector 2024 Agricultural Census Booth Programme

YBrs. Mr. Nazri bin Ishak, Director of the Policy and Strategic Planning Division officiated the Fisheries Sub-Sector Agricultural Census Booth 2024 Programme at the Melaka State Turtle Conservation and Information Centre which took place from 29 June 2024 to 30 June 2024. The program continued with a briefing on the 2024 Fisheries Profile by Mrs. Marlinda Anim binti Marham, Head of the Fisheries Data Collection Branch and a briefing on the 2024 Agricultural Census delivered by En. Mohd Suhaimi bin Mohd Rashid, Director of Statistics of Melaka State. For information, the 2024 Agricultural Census will be held starting on July 7, 2024 involving a total of 1342 aquaculture farmers and fishermen for the fisheries sub-sector in the State of Melaka. In addition, visitors to the Turtle Conservation and Information Centre can also participate in a kahoot quiz about the 2024 Agricultural Census and Turtles. Agricultural Census 2024: The Key to Agricultural Progress

Program Reruai Banci Pertanian 2024 Subsektor Perikanan Negeri Melaka

YBrs. Encik Nazri bin Ishak, Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik telah merasmikan Program Reruai Banci Pertanian 2024 Subsektor Perikanan di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Negeri Melaka yang berlangsung pada 29 Jun 2024 sehingga 30 Jun 2024. Program diteruskan dengan taklimat Profil Perikanan 2024 oleh Puan Marlinda Anim binti Marham, Ketua Cawangan Pengutipan Data Perikanan dan taklimat Banci Pertanian 2024 yang disampaikan oleh En. Mohd Suhaimi bin Mohd Rashid, Pengarah Perangkaan Negeri Melaka. Untuk makluman Banci Pertanian 2024 akan diadakan bermula pada 7 Julai 2024 yang melibatkan seramai 1342 orang penternak akuakultur dan nelayan bagi subsektor perikanan di Negeri Melaka. Disamping itu, para pengunjung Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu juga boleh menyertai kuiz kahoot tentang Banci Pertanian 2024 dan Penyu. Banci Pertanian 2024: Kunci Kemajuan Pertanian

FishComm Hotline