Portal Rasmi

Jabatan Perikanan Malaysia

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Selangor Fisheries Department Focuses on Conservation of Inland Fisheries Resources

The Selangor State Fisheries Department continues the Inland Fisheries Resource Conservation Programme series II by focusing on hunting for foreign fish with the community to curb the flood of invasive foreign fish populations that have affected native fish species in the country’s aquatic ecosystem. The program, which was held at the National River Trail, Hulu Langat, was officiated by the Selangor State Exco for Infrastructure and Agriculture, Yang Berhormat Tuan Ir. Izham Bin Hashim. The catch of 737 kg of city fish in today’s program was successfully increased. The programme also received cooperation from the City Fish Hunter Community (KPIB), Selangor State Department of Irrigation & Drainage, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Mara (UiTM). Malaysian Defence Force (APM), Syarikat Air Selangor and Selangor Water Management Authority (LUAS). At the same programme, there was also an activity to release 10,000 thousand river lampam fish fry into Sungai Langat. The Department also donated equipment to KPIB in the form of fishing nets, hanging scales and gloves for community use while hunting foreign fish. Also present in this program were Mrs. Noraisyah binti Abu Bakar, Director of Selangor State Fisheries and staff of the Selangor State Fisheries Office.

Jabatan Perikanan Selangor Tumpu Pemuliharaan Sumber Perikanan Darat

Jabatan Perikanan Negeri Selangor meneruskan Program Pemuliharaan Sumber Perikanan Darat siri II dengan memfokuskan aktiviti memburu ikan asing bersama komuniti bagi mengekang kebanjiran populasi ikan asing invasif yang telah menjejaskan spesies ikan asli dalam ekosistem perairan negara. Program yang diadakan di Denai Sungai Kebangsaan, Hulu Langat ini telah rasmikan Exco Infrastruktur dan Pertanian Negeri Selangor, Yang Berhormat Tuan Ir. Izham Bin Hashim. Hasil tangkapan pada program hari ni sebanyak 737 kg ikan bandaraya berjaya dinaikkan. Program ini juga mendapat kerjasama daripada Komuniti Pemburu Ikan Bandaraya (KPIB), Jabatan Pengairan & Saliran Negeri Selangor, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Mara (UiTM). Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), Syarikat Air Selangor dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS). Pada program yang sama, turut diadakan aktiviti pelepasan 10,000 ribu ekor benih ikan lampam sungai ke Sungai Langat. Pihak Jabatan juga turut menyumbang peralatan kepada KPIB berupa jala tangsi, penimbang gantung dan sarung tangan bagi kegunaan komuniti semasa memburu ikan asing. Turut hadir sama dalam program ini Puan Noraisyah binti Abu Bakar, Pengarah Perikanan Negeri Selangor dan kakitangan Pejabat Perikanan Negeri Selangor.

FishComm Hotline