Portal Rasmi

Jabatan Perikanan Malaysia

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Agricultural Census 2024

Festive celebration at the 2024 Agricultural Census Reruai in conjunction with the myAP & myKP Carnival North Zone Level 2024, 1 & 2 June 2024 Organized by the Department of Fisheries Malaysia (DOF) located at Mydin Mall, Bukit Mertajam, Penang Come on, make the Agricultural Census 2024 a success: Unraveling the keys to agricultural progress.

Banci Pertanian 2024

Sambuatan meriah di Reruai Banci Pertanian 2024 Sempena Karnival myAP & myKP Peringkat Zon Utara Tahun 2024,1 & 2 Jun 2024 Anjuran Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) bertempat di Mydin Mall, Bukit Mertajam, Pulau Pinang Ayuh, jayakan Banci Pertanian 2024: Merungkai kunci kemajuan pertanian.

Myagropreneur Fishing Carnival Program (Myap) & Fishing Mycommunity (Mykp) Northern Zone Year 2024

The myAgropreneur Fisheries Carnival Program (myAP) & myKomuniti Perikanan North Zone 2024 was officiated by YBhg. Dato’ Adnan bin Hussain, Director General of Fisheries Malaysia this morning. This carnival aims to help local entrepreneurs especially in the fishing sector to promote their products by making this carnival a platform to promote products to visitors, in addition to finding agents, distributors or stockists. A total of 18 entrepreneurs under the guidance of the Malaysian Fisheries Department from three states namely Perlis, Kedah and Penang have brought products such as lekor crackers, anchovy crisp sambal, tuna-based laksa, fried squid and others. YBhg. Dato’ Adnan also had the opportunity to present a check for the assistance of the Development Delivery and Support Service System (SpeKS) for development and aquaculture with a total of RM829,310 to the three states. Also handed over was a check for assistance from the Aquaculture Integration Program (PPIA) worth RM1.08 million to Penang aquaculture farmers. Also present to make the program successful, the Senior Director of the Fisheries Research Institute, Dr. Azhar bin Hamzah, Director of Fisheries Development Division, Puan Khazlita Adzim Abdol Aziz and Penang State Fisheries Director, Miss Zarina Zainuddin. Perlis State Fisheries Director, Mr. Mohammed Roshaizat bin Mustaffa, Director of Policy and Strategic Planning Division, Mr. Nazri bin Ishak and the staff of the Malaysian Fisheries Department.

Program Karnival Myagropreneur Perikanan (Myap) & Mykomuniti Perikanan (Mykp) Zon Utara Tahun 2024

Program Karnival myAgropreneur Perikanan (myAP) & myKomuniti Perikanan Zon Utara 2024 telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia pada pagi ini. Karnival ini bertujuan untuk membantu usahawan tempatan khasnya dalam sektor perikanan untuk mempromosikan produk mereka dengan menjadikan karnival ini platform untuk mempromosikan produk kepada pengunjung, selain mencari ejen, pengedar atau stokis. Seramai 18 orang usahawan bimbingan Jabatan Perikanan Malaysia yang terdiri dari pada tiga buah negeri iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang telah membawa produk seperti keropok lekor, sambal garing ikan bilis, laksa berasaskan ikan tuna, sotong goreng dan lain lain. YBhg. Dato’ Adnan juga berkesempatan untuk menyampaikan cek cura bantuan Sistem Penyampaian dan Khidmat Sokongan Pengembangan (SpeKS) pengembangan dan akuakultur dengan jumlah keseluruhan RM829,310 kepada tiga negeri tersebut. Turut diserahkan adalah cek cura bantuan Program Bantuan Integrasi Akuakultur (PPIA) bernilai RM1.08 juta kepada penternak akuakultur Pulau Pinang. Turut hadir menjayakan program, Pengarah Kanan Institut Penyelidikan Perikanan, Dr. Azhar bin Hamzah, Pengarah Bahagian Pengembangan Perikanan, Puan Khazlita Adzim Abdol Aziz dan Pengarah Perikanan Negeri Pulau Pinang, Cik Zarina Zainuddin. Pengarah Perikanan Negeri Perlis, En. Mohammed Roshaizat bin Mustaffa, Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, En. Nazri bin Ishak serta kakitangan Jabatan Perikanan Malaysia.

FishComm Hotline