Portal Rasmi

Jabatan Perikanan Malaysia

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Ceremony on the Release of Fish of Solar Technology Program and IOT Application on Agropreneurs of Freshwater Fish Farming

The National Defence University of Malaysia (UPNM) has sought assistance and guidance from the Department of Fisheries Malaysia (DOF) for the solar technology program and IOT application on the Freshwater Fish Farming Agropreneur. DOF through the Federal Territory Fisheries Office of Kuala Lumpur and Putrajaya has provided 4,000 puyu and tilapia seeds, prepared a special sketch for the aquaculture breeding system as a reference UPNM developed the system, and managed the course at the Glami Lemi Research Institute for UPNM staff. On this day, Mr. Sukri bin Daris, Senior Deputy Director of Fisheries Conservation and Protection Division accompanied by Prof. Ts. Dr. Muhd Zu Azhan bin Yahya, Deputy Vice-Chancellor of Student Affairs and Alumni has released 2,000 fish seeds as a symbol of the ceremony. Also present at the ceremony were Puan Suhanah binti Kassiron, Director of the Fisheries Office of the Federal Territory of Kuala Lumpur & Putrajaya as well as staff of the National Defence University of Malaysia and staff of the Fisheries Office.

Majlis Ringkas Pelepasan Anak Ikan Program Teknologi Solar dan Aplikasi IOT ke atas Agropreneur Penternakan Ikan Air Tawar

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah mendapatkan khidmat bantuan dan tunjuk ajar daripada Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) bagi program teknologi solar dan aplikasi IOT ke atas Agropreneur Penternakan Ikan Air Tawar. DOF menerusi Pejabat Perikanan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah memberi bantuan 4,000 benih ikan puyu dan tilapia, sediakan lakaran khas untuk sistem ternakan akuakultur sebagai rujukan UPNM membangunkan sistem, dan menguruskan kursus di Institut Penyelidikan Glami Lemi untuk kakitangan UPNM. Pada hari ini, En. Sukri bin Daris, Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Konservasi dan Perlindungan Perikanan diiringi Prof. Ts. Dr. Muhd Zu Azhan bin Yahya, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni telah melepaskan 2,000 benih ikan sebagai simbolik majlis. Turut hadir dalam majlis ini Puan Suhanah binti Kassiron, Pengarah Pejabat Perikanan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya serta kakitangan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan kakitangan Pejabat Perikanan.

FishComm Hotline